Saturday, July 27, 2013

JUZ 11 - 20

Assalamualaikum: Below is the continuation of Juz 11 - 20. Have a read and enjoy.

JUZ 11
 
10.  YUNUS (Nabi Yunus: 109 ayat diturun di Mekah (ayat 40, 94 & 95 di Madinah)
Ayat 98 tentang Nabi Yunus. Surah ini bermula dengan ALIF LAM RA. Surah ini mengenai:
  • Tanda-tanda kebesaran Allah di alam semesta.
  • Allah tidak menzalimi manusia sedikit pun, manusialah yang menzalimi diri mereka sendiri.
  • Segala perbuatan manusa tercatat dalam Kitab Lauh Mahfuz.
  • Penyesalan manusia di akhirat.
  • Kisah Nabi Nuh, Nabi Musa, Nabi Harun dan Nabi Yunus.
  • Ayat 81 penangkal sihir (rujuk juga 7:118-121 dan 20:69).

 11.  HUD (Nabi Hud: 123 ayat diturun di Mekah)
Ayat 50 - 60 tentang kisah Nabi Hud. Surah ini bermula dengan – ALIF LAM RA. Surah ini mengenai:
  • Bukti-bukti Keesaan dan Kekuatan Allah swt.
  • Sifat sabar dan amal soleh beroleh keampunan dan pahala.
  • Orang kafir tidak percaya hari akhirat. Allah memberi mereka perhiasan dunia tetapi balasan neraka diakhirat kelak.
  • Nabi Nuh – kaum dan anaknya ditenggelami banjir.
  • Nabi Hud – kaum Aad yang ingkar diturun hujan lebat.
  • Nabi Soleh – kaum Thamud membunuh unta betina yang merupakan mukjizat dan dibinasa dengan gempar bumi.
  • Nabi Ibrahim – berita kelahiran Ishak dan Yaakub.
  • Nabi Luth – kaumnya homoseksual dibinasa dimana negeri itu tunggang terbalik dan dihujani batu dari tanah yang terbakar.
  • Nabi Syuib – penduduk Madyan menipu timbangan dibinasa oleh ledakan bunyi yang kuat.
  • Nabi Musa.
  •  Ayat 41 doa Nabi Nuh dan ayat 115 anjuran agar bersabar. 

JUZ 12
 
12. YUSUF (Nabi Yusuf: 111 ayat diturun di Mekah)
Surah ini bermula dengan – ALIF LAM RA. Keseluruhan surah ini mengenai Nabi Yusuf.
  • Bermimpi sebelas bintang, matahari bulan, semua sujud kepadanya. 
  • Ditinggal kan dalam perigi oleh saudaranya. Sekolompok musafir menjumpainya dan menjual kepada seorang Mesir.
  • Digoda Zulaikha dan difitnah dan dipenjara.
  • Dakwahnya dalam penjara.
  • Takwil Nabi Yusuf tentang mimpi raja.
  • Dibebas dari penjara dan menjadi pembesar negara.
  • Pertemuan dengan saudara dan kedua orang tuanya.
  • Pelajaran dari kisah Nabi Yusuf.

JUZ 13
 
13. AR-RA’D (Guruh: 43 ayat diturun di Mekah)
Ayat 12 – 17 bercerita tentang kilat, guruh dan hujan tanda Keesaan Allah swt. Surah ini bermula dengan – ALIF LAM MIM RA. Surah ini mengenai:
  • Bukti Kekuasaan Allah dan Kesempurnaan ilmuNya.
  • Bangkit dan runtuh suatu bangsa bergantung pada sikap dan tindakan mereka sendiri.
  • Sifat mulia - memenuhi janji Allah, menghubung silaturrahim, takut Tuhan dan hisab, sabar mencari keredaan Tuhan, solat, menafkah sebahagian rezeki, mengganti kejahatan dengan kebaikan.
  • Sifat orang ingkar kepada Allah - Melanggar janji Allah, memutus silataurrahim, dan buat kerosakan dimuka bumi.
  • Allah mengutus Nabi dan Quran kitab yang menggoncang dunia.
  • Hidup berkeluarga tidak berlawanan dengan kerasulan.
  • Syurga untuk orang beriman dan neraka untuk orang kafir.

 14. IBRAHIM (Nabi Ibrahim: 52 ayat diturun di Mekah)
Ayat 35 - 41 bercerita tentang doa Nabi Ibrahim. Surah ini bermula dengan – ALIF LAM RA. Surah ini mengenai:
  • Al-Quran diturun untuk mengeluar manusia dari kegelapan.
  • Nabi Musa diutus untuk menyelamat kaumnya dari firaun.
  • Tiap kebenaran pada permulaannya ditolak.
  • Syaitan tiada kuasa cuma menggoda manusia dan jika manusia mematuhi godaan syaitan maka cercalah diri sendiri.
  • Perintah solat, zakat dan sedekah.
  • Nikmat Allah – langit dan bumi, air hujan yang mengeluar buah-buahan, laut dan sungai, matahari dan bulan yang beredar dalam orbitnya, malam dan siang.
  • Allah memperkenan doa Nabi Ibrahim agar negeri Mekah aman dan keturunannya mendiri solat disisi Kaabah.
  • Hukuman azab bagi penentang Allah.
  • Ayat 40 - 41 doa Nabi Ibrahim agar anak cucu tetap mendiri solat.
 
JUZ 14
 
15. AL-HIJR (Negeri Kaum Thamud: 99 ayat diturun di Mekah)
Ayat 80 -86 bercerita kisah kaum Thamud yang memahat gunung batu untuk kediaman. Surah ini bermula dengan – ALIF LAM RA. Surah ini mengenai:
  • Kekuasan Allah meliputi alam semesta – gugusan bintang dilangit, gunung dibumi, tumbuhan mengikut ukuran, angin dan air untuk tumbuh-tumbuhan, dll.
  • Tuhan mencipta manusia, malaikat semua sujud kecuali iblis.
  • Kisah Nabi Ibrahim diberi khabar kelahiran anak lelaki  yang alim.
  • Kisah Nabi Luth dan kaumnya dimana kota Sadum diterbalik ka bawah dan dihujani dengan tanah terbakar.
  • Kisah Nabi Syu’aib dimana kota Aikah juga dibinasakan.
  • Kisah Kaum Thamud dikota Hijr dibinasa dengan gempa bumi.
  • Nabi dianugerah 7 ayat yang dibaca berulang-ulang dan al-Quran yang agung.
 
16. AL-NAHL (Lebah: 128 ayat diturun di Mekah)
Ayat 68 -69 tentang kebaikan madu lebah. Surah ini mengenai:
  • Kepastian hari kiamat dan kebenaran wahyu.
  • Penciptaan alam semesta.
  • Allah tidak menyukai orang sombong
  • Azab keatas orang kafir dan Syurga bagi orang beriman.
  • Tiap umat diutus Rasul untuk menerang kebenaran dan menjadi saksi dihari akhirat.
  • Allah berfirman “apabila Kami mengkehendakinya, Kami hanya mengatakan “Kun (jadilah)”, maka jadilah ia.
  • Sifat orang beriman – akhlak baik, suka bertaubat, buat baik dan ikhlas dalam amalan. Bila ditimpa kemudaratan, kepadaNya meminta pertolongan.
  • Lebah dan kebaikan madu bagai  ubat yang menyembuhkan.
  • Makanan yang halal dan haram.
  • Nabi Ibrahim teladan yang patuh kepada Allah.

JUZ 15
 
17. AL-ISRA’ (Perjalanan di malam hari: 111 ayat diturun di Mekah)
Ayat 1 tentang perjalanan Nabi Muhammad saw dari masjid al-Haram ka masjid al-Aqsa. Surah ini mengenai:
  • Is’raj dari mekah ka baitulmaqaddis.
  • Kehancuran bani israel kerana tidak mengikuti ajaran Taurat.
  • Al-Quran pertunjuk ka jalan yang benar.
  • Setiap orang memikul dosanya sendiri.
  • Solat, tahajjud, berdoa dan baca Quran sebagai penawar.
  • Godaan syaitan menyebab kekufuran manusia.
  • Berbuat baik, rendah diri, kasih sayang pada ibubapa, beri hak kepada yang berhak, penuhi janji, dan timbangan yang benar.
  • Jangan boros, kikir, membunuh, berzina, sombong, mendekati harta anak yatim, dan mengikuti apa yang tiada pengetahuan.
  • Kisah Nabi Musa dengan firaun.
  • Ayat 24, 80 dan 110-111 sebagai doa.
 
18. AL-KAHF (Gua: 110 ayat diturun di Mekah)
Ayat 9 – 26 bercerita kisah Ashabul Kahfi. Surah ini mengenai:
  • Ashbul Kahfir - Allah menidurkan pemuda-pemuda beriman selama 309 tahun dalam gua.
  • Sebutlah “InsyaAllah”.
  • Beberapa kejadian hari kiamat dan penderhakaan iblis.
  • Kisah Nabi Musa berjumpa Nabi Khidir.
  • Kisah Zulqarnain dengan Yakjuj dan Makjuj.
  • Azab bagi orang musyrik dan pahala bagi orang mukmin.
  • Ayat 107 – 110: Dibaca setalah bangun dari tidur.
 
JUZ 16
 
19. MARYAM (Maryam: 98 ayat diturun di Mekah)
Ayat 16 – 22 bercerita kisah Maryam. Surah ini bermula dengan – KAF HA YA ‘AIN SHAD. Surah ini mengenai:
  • Kisah Nabi Zakaria – walau sudah tua dikurnia anak Nabi Yahya.
  • Nabi Yahya – diangkat sebagai nabi dan sifat-sifat keutamaannya.
  • Nabi Isa – berbicara semasa dalam buaian.
  • Nabi Ibrahim – berbicara dengan bapanya.
  • Kisah Maryam mengandung dan melahirkan Nabi Isa.
  • Kisah lain-lain nabi – Nabi Harun, Nabi Idris, Nabi Nuh.
  • Apabila Tuhan menetapkan sesuatu, maka Dia hanya berkata “Jadilah” maka jadilah ia.
  • Kepalsuan ajaran bahawa Allah mempunyai anak.
 
20. TAHA (135 ayat diturun di Mekah)
Surah ini bermula dengan – TAA HAA. Surah ini mengenai:
  • Al-Quran diturunkan sebagai peringatan bagi manusia.
  • Kisah Nabi Musa.
  • Kisah Nabi Adam dan keingkaran iblis.
  • Keadaan pada hari kiamat.
  • Beberapa peringatan dan ajaran – bersabar, bertasbih, bersolat.
  • Ayat 25 -28 doa Nabi Ibrahim untuk semangat ketika diperintah melawan firaun.
 
JUZ 17
 
21. AL-ANBIYA’ (Nabi-nabi: 112 ayat diturun di Mekah)
Ayat 48 – 91 bercerita kisah Nabi-nabi. Surah ini mengenai:
  • Penentangan kaum musyrikin terhadap Nabi dan Al-Quran.
  • Manusia dicipta bersifat tergesa-gesa.
  • Tembok Yakjuj dan Makjuj.
  • Nabi Musa dan Nabi Harun – pemberian kitab Taurat.
  • Nabi Ibrahim – hidayah kebenaran.
  • Nabi Luth –penduduk yang homoseksual.
  • Nabi Nuh – senantiasa berdoa.
  • Nabi Daud dan Sulaiman – ilmu menunduk gunung dan binatang.
  • Nabi Ayub –dilenyap dari penyakit dan dilipatganda keluarga.
  • Nabi Ismail, Nabi Idris, Nabi Zulkifli –sabar dan diberi rahmat.
  • Nabi Yunus – ditelan ikan dan diselamatkan dari kedukaan.
  • Nabi Zakaria –bersegera dan sentiasa mengerja perbuatan baik.
  • Maryam – memelihara kehormatannya.
  • Ayat 87 doa Nabi Yunus semasa di dalam perut ikan.
 
22. AL-HAJJ (Haji: 78 ayat diturun di Madinah)
Ayat 26 – 29 tentang Haji. Surah ini mengenai:
  • Kedasyatan hari kiamat
  • Proses kejadian manusia dan tumbuhan
  • Celaan Allah terhadap orang yang membantah Allah, sombong, menyesatkan orang, dan tidak berpendirian
  • Sifat orang beriman – gementar disebut nama Allah, sabar, solat, berzakat, berbuat yang makruf mencegah yang mungkar.
  • Keadaan syurga dan neraka.
  • Mengerjakan haji dan binatang korban.
  • Izin berperang bagi orang mukmin.
  • Tugas Rasul adalah memberi peringatan - ayat penawar hati Nabi Muhammad.
 
JUZ 18
 
23. AL-MUKMINUN (Orang yang beriman: 118 ayat diturun di Mekah)
Ayat 1 tentang sifat orang beriman. Surah ini mengenai:
  • Sifat orang mukmin– Kusyuk dalam solat, berzakat, bersedekah, jauhi perbuatan tidak berguna, memelihara kemaluan dan amanah.
  • Kejadian manusia dan alam semesta.
  • Keagungan Tuhan pencipta alam, tujuh petala langit dan Arasy.
  • Kisah Nabi Nuh, Nabi Hud, Nabi Musa dan Nabi Harun.
  • Allah tidak membeban seseorang melain menurut kesanggupannya.
  • Orang kafir apabila mati kesal dan minta dikembali ke dunia untuk berbuat kebaikan.
 24. AN-NUR (Cahaya: 64 ayat diturun di Madinah)
Ayat 35 – 36 tentang cahaya kepada langit dan bumi, dan cahaya dirumah yang penghuninya bertasbih namaNya pagi dan petang. Surah ini memberi beberapa hukum mengenai:
  • Hukum zina dan sumpah laknat.
  • Kisah Aisyah difitnah berzina.
  • Allah memerintah agar manusia berbaik sangka dan melaknat orang yang menuduh perempuan beriman berzina.
  • Perempuan keji untuk lelaki keji dan perempuan yang baik untuk lelaki baik.
  • Ingatan kepada lelaki beriman – pelihara pandangan dan kemaluan
  • Ingatan kepada perempuan beriman - pelihara pandangan dan kemaluan, jaga aurat, bertudung, jaga perhiasan dan bertaubat.
  • Ciri-ciri orang yang layak dikahwini.
  • Tatalaku ka rumah orang.
  • Tatalaku anak-anak masuk ka kamar tidur orang dewasa.
 
25. AL-FURQAN (Pembeza: 77 ayat diturun di Mekah)
Ayat 1 – 52 bercerita tentang al-Quran. Surah ini mengenai:
  • Turunnya al-Quran
  • Kisah Nabi Musa dan Nabi Harun, dan Nabi Nuh.
  • Orang yang dijanjikan syurga - Rendah hati, solat Tahajjud, menginfak harta, tidak mempersekutu Allah, tidak membunuh dan tidak berzina, bertaubat, mengerja kebajikan, tidak memberi kesaksian palsu, selalu berdoa.
  • Ayat 74 doa mengenai mendapat pasangan soleh.

JUZ 19
 
25. ASY-SYU’ARA’ (Para Penyair: 227 ayat diturun di Mekah)
Ayat 224 – 227 bercerita tentang penyair-penyair yang mempermain kata-kata dan tidak mempunyai pendirian. Surah ini bermula dengan – TA SIN MIM. Surah ini mengenai:
  • Kisah Nabi Musa dan Nabi Harun dan kemusnahan Firaun.
  • Kisah Nabi Ibrahim, Nabi Nuh.
  • Nabi Hud – kaum Aad yang mendiri istana yang tinggi untuk kemegahan dan menyeksa secara kejam dan bengis.
  • Nabi Soleh – kaum Thamud, kisah unta betina.
  • Nabi Luth – penduduk kota Sodom yang homoseksual.
  • Nabi Syu’aib – kaum Aikah yang tidak menyempurnakan timbangan dan membuat kerosakan dibumi.
  • Berulangkali nabi-nabi berkata kepada kaum mereka “Maka bertakwalah kepada Allah dan taatlah kepadaku.”
  • Ayat 80 – 82 doa sembuh sakit, dan ayat 83 - 85 doa Nabi Ibrahim
 
26. AN-NAML (Semut: 93 ayat diturun di Mekah)
Ayat 18 – 19 bercerita tentang semut. Surah ini bermula dengan – TA SIN. Surah ini mengenai:
  • Sifat orang beriman – solat, zakat dan meyakini hari akhirat.
  • Orang yang tidak beriman, dijadikan terasa indah perbuatan mereka yang buruk sehingga mereka bergelimpangan dalam kesesatan.
  • Kisah Nabi Musa, Nabi Soleh, Nabi Luth.
  • Kisah Nabi Sulaiman - Mewarisi ilmu dan kitab Zabur, mendengar semut berkata-kata,  burung hud-hud memberitahu mengenai negeri Saba, singgahsana Puteri Balqis dan kaum menyembah matahari.
  • Cerita mengenai Puteri Balqis beriman kepada Allah swt.
  • Kisah orang kafir pada hari kiamat.
  • Ayat 19 doa Nabi Sulaiman agar dianugerahkan ilham.
 
JUZ 20
 
27. AL-QASAA (Cerita-cerita: 88 ayat diturun di Mekah)
Surah ini bermula dengan – TA SIN MIM. Keseluruhan surah ini bercerita kisah nabi-nabi berikut:
  • Kisah Nabi Musa dan Firaun.
  • Kisah Nabi Syuiab yang menikah Nabi Musa dengan anaknya.
  • Kisah Nabi Musa dan Qarun.
  • Nabi Muhammad dan al-Quran.
  • Ketika Rasulullah meninggal Mekah lalu sesampainya di Juhfah, perasaan rindu Rasulullah pada Mekah semakin besar. Maka turunlah ayat yang menjelaskan bahawa Allah akan mengembalikan beliau ke Mekah.
 
28. AL-‘ANKABUT (Labah-labah: 69 ayat diturun di Mekah)
Ayat 41 tentang rumah labah-labah yang lemah. Surah ini bermula dengan – ALIF LAM MIIM. Surah ini mengenai:
  • Allah bersabda manusia akan diuji. Kehidupan dunia hanya senda gurau dan permainan. Negeri akhirat itulah kehidupan yang sebenar.
  • Nabi Nuh, Nabi Ibrahim, Nabi Luth, Nabi Syu’aib, Nabi Musa.
  • Ketetapan membaca al-Quran.
  • Berdebat dengan ahli kitab dengan cara yang baik.
  • Balasan baik kepada orang sabar dan tawakkal kepada Tuhan.
  • Allah melapangkan atau menyempitkan rezeki bagi orang yang Dia kehendaki.

 

 

2 comments:

  1. Lovely!

    Surah Al-Hijr .. the 7 ayat yang dibaca berulang-ulang .. is referring to Al-Fatihah I guess

    Non

    ReplyDelete