JUZ 3
3.
AL-IMRAN (Keluarga Imran, 85 ayat diturun di Madinah)
Ayat 33 menyatakan Allah telah memilih Adam, Nuh,
keluarga Ibrahim dan keluarga ‘Imran melebihi segala umat. Isteri ‘Imran
bernazar anak dalam kandungan menjadi hamba yang soleh dan untuk berkhidmat
di Baitul Muqaddis. Lahirlah anak perempuan dan dinamakan Maryam dan Allah menjadikan
Zakaria pemeliharanya. Surah al-Baqarah lebih banyak pembahasan soal Yahudi
(Bani Israil) sementara surah ini banyak mengenai kepercayaan agama Nasrani
(Kristen). Surah ini mengenai:
|
JUZ 4 dan 5
4. AL-NISAA (Wanita, 176
ayat diturun di Madinah)
Ayat 1 menyatakan Tuhan mencipta manusia dari
diri yang satu (Adam) dan pasangannya (Hawa) dari dirinya (iaitu dari tulang
rusuk Adam dan dari unsur yang serupa iaitu tanah). Surah ini memberi
berbagai hukum dan syariat menyusun dan mengatur masyarakat Islam :
|
JUZ 6
5. AL-MAA-IDAH (Hidangan, 120
ayat diturun di Madinah)
Ayat 1 – 5 tentang makanan halal dan haram. Dan
ayat 113 – 114 mengenai doa Nabi Isa untuk diturunkan hidangan dari langit
untuk kaumnya tanda kekuasan Allah swt. Surah ini mengenai:
|
JUZ 7
6. AL-AN’AAM
(Binatang Ternak, 165 ayat diturun di Makkah)
Ayat 136 dan beberapa ayat disebut kebiasaan
jahiliyah atas binatang ternak. Surah ini mengurai Tauhid lebih terperinci.
Diturun sekaligus dalam satu malam oleh Jibrail diiringi 70,000 malaikat dan
malam itu gemuruh suara tasbih dan tahmid malaikat memuja Allah Taala. Surah
dimulai dengan ALHAMDULILLAH (segala puji bagi Allah). Surah ini mengenai:
|
JUZ 8
7. AL-A’RAAF (Benteng
tinggi: 206.ayat diturun di Makkah
Ayat 46 – 48 tentang benteng tinggi. Terdapat segolongan hamba Allah duduk di puncak benteng yang dapat bercakap dengan penduduk Neraka dan Syurga. Surah ini bermula dengan ALIF LAM MIM SAD. Surah ini keutamaannya mengurai hal akidah iaitu mengenai:
|
JUZ 9
8.
AL-ANFAAL (Harta rampasan: 75 ayat diturun di Madinah)
Ayat 1 tentang harta rampasan dalam peperangan.
Mempunyai 75 ayat tetapi dikatakan ketujuh ayat terpanjang disebabkan surah selepasnya
Al-Taubah satu-satunya surah al-Quran yang tidak dimulai dengan “Bismillah”.
Maka kedua surah ini seolah-olah satu surah. Surah ini
mengenai:
|
JUZ 10
9. AL-TAUBAH
(Pengampunan: 129 ayat diturun di Madinah)
Surah ini tidak dimulai dengan Bismillah. Surah
ini mengenai taubat iaitu permohonan ampun kepada Tuhan dan bertaubat
dari kesalahan.
|
No comments:
Post a Comment