Do take advantage of these last 10 days of Ramadhan in search of Lailatul Qadar.
JUZ 21
30. AR-RUM (Bangsa Romawi: 60
ayat diturun di Mekah)
Ayat 1 – 5 tentang nasib bangsa
rom di konstantinopel yang kalah. Ketika peperangan Badar terjadi perang besar antara dua kuasa besar
Romawi yang menganuti Ahli Kitab dan Persia yang musyrik beragama Majusi.
Tersebar berita Romawi mengalah Persia. Surah ini mengenai:
·
Hal
hari kiamat.
·
Tanda
kebesaran Tuhan – mencipta manusia bahasa dan warna kulit yang berbeza
berpasangan dari jenis sendiri agar cenderung tenteram kepadanya,
mempunyai rasa kasih sayang, kilat untuk menimbul ketakutan, hujan dari langit
menghidupkan bumi, berdirinya langit dan bumi
dengan kehendakNya, dengan sekali panggil dariNya, manusia keluar dari
kubur.
31. LUQMAN (Luqman: 34 ayat
diturun di Mekah)
Ayat 12 - 19 bercerita tentang
kebijaksaan Luqman. Surah ini bermula dengan – ALIF LAM MIM. Surah ini
mengenai:
·
Kecaman
keatas Quraish yang menghalang orang mengikut Rasulullah.
·
Hendaklah
bersyukur dengan nikmat Allah.
·
Nasihat
Luqman kepada anaknya - Jangan sekutu Allah, perbuatan seberat biji sawi
Allah akan memberi balasan, solat, buat yang makruf dan cegah yang
mungkar dan sabar atas apa yang menimpa, jangan sombong dan berjalan dengan angkuh, sederhana dalam berjalan dan rendah suara.
·
Berbuat
baik kepada kedua orang tua.
·
Kisah
hari kiamat.
32. AS-SAJDAH (Sujud: 30 ayat diturun di
Mekah)
Ayat 15 memberi peringatan
untuk bersyukur sujud dan bertasbih memuji Tuhan dan tidak menyombong diri.
Surah ini bermula dengan – ALIF LAM MIM. Surah ini mengenai:
·
Allah
mencipta langit dan bumi dan di antara keduanya dalam enam hari, kemudian Dia
bersemayam di atas Arasy.
·
Malaikat
maut ditugas mencabut nyawa dan manusia kembali kepadaNya.
·
Neraka
dipenuhi dengan Jinn dan manusia.
·
Taurat
diberi kepada Nabi Musa dan al-Quran kepada Nabi Muhammad.
·
Tunggu
kemenangan atas orang kafir dan kehancuran mereka.
33. AL-AHZAB (Golongan yang bersekutu: 73 ayat
diturun di Madinah)
Ayat 12 – 26 tentang orang
munafik yang lari dari berperang.
Surah ini mengenai:
·
Bertasbih dan tawakal kepada Allah dan berselawat kepada Nabi.
·
Allah
swt melarang suami menzihar isteri sebagai ibu.
·
Tidak
menjadi anak angkat sebagai anak kandung sendiri dan memakai nama bapa
mereka.
·
Allah
memberi pertolongan kepada pasukan Islam semasa perang Ahzab dengan mengirim
angin kencang yang membawa batu kerikil.
·
Perintah
kepada isteri – jika diceraikan hendaklah diberi mut’ah, jika
melaku perbuatan keji azabnya dua kali ganda, jika mengerja kebajikan
diberi pahala dua kali ganda dan rezeki mulia, jangan melemah lembut suara
dalam berbicara sehingga bangkit nafsu orang lain, hendaklah tetap dirumah, jangan
berhias dan bertingkah laku seperti jahiliyah, solat, zakat, dan taat
Allah dan Rasul.
·
Perintah
kepada suami - mempertahan isteri dan bertakwa kepada Allah dan menggauli
isteri sebagaimana yang engkau kehendaki.
·
Orang
muslim yang taat, sabar, khusyuk, sedekah, puasa, pelihara kehormatan dan
banyak menyebut nama Allah diberi keampunan.
·
Perintah
untuk perempuan menutup jibabnya keseluruh tubuh.
|
JUZ 22
34. SABA’ (Kaum Saba’: 54 ayat diturun di
Mekah)
Ayat 15 – 22 tentang kaum Saba’
yang menzalimi diri sendiri dan dihancurkan. Surah ini mengenai:
·
Orang
kafir tidak mempercayai hari akhirat.
·
Kisah
Nabi Daud, Nabi Sulaiman, Nabi Ibrahim.
·
Tuhan
melapang dan membatas rezeki kepada siapa yang dikehendakiNya. Dan apa
saja yang diinfakkan, Allah akan menggantinya.
·
Kisah
orang kafir yang mendustakan Allah.
35. FAATIR (Pencipta: 35 ayat
diturun di Mekah)
Ayat 1 -3 memberi segala pujian
kepada Allah Pencipta langit, bumi, manusia dan segala alam semesta ini.
Surah ini mengenai
·
Ciptaan
alam dan manusia – Angin, awan dan hujan yang menghidupkan bumi, manusia
berpasangan, dua lautan yang tawar dan yang masin yang darinya makanan,
perhiasan dan kapal-kapal berlayar, malam dan siang, matahari dan bulan
masing-masing beredar menurut waktu yang ditentukan.
·
Tauhid,
kenabian dan kebangkitan sesudah mati.
·
Orang
yang membaca Quran, bersolat, menginfak rezeki dalam diam
atau terangan, dan mengharap perdagangan yang tidak rugi, Allah
menyempurnakan.
·
Al-Quran
membenarkan kitab-kitab yang sebelumnya.
·
Sifat
orang kafir quraisy sombong dan tidak menepati janji.
36. YASIN (Yasin: 83 ayat
diturun di Mekah)
Rasulullah saw bersabda
“Bacalah surah Yasin kepada orang yang meninggal diantara kalian”. Surah ini
mengenai:
·
Allah
menghidup yang mati, dan mencatat apa yang telah mereka kerjakan dan bekas yang mereka
tinggalkan dalam Kitab Lauh Mahfoz.
·
Kisah
utusan dihantar kepada penduduk Antakiah. Mereka tidak percaya dan
datanglah dari hujung kota seorang lelaki mengajak mereka ikuti utusan itu.
·
Tanda
Kebesaran Allah swt dan keadaan hari kiamat.
·
7
golongan yang bakal dinaungi oleh Allah pada hari tiada naungan - pemimpin
yang adil, pemuda yang selalu beribadah, melakukan solat jamaah, berkumpul
dan berpisah kerana Allah, diajak perempuan berzina tapi menolak kerana takut
Allah, bersedekah secara sembunyi, berzikir mengingat Allah sehingga
menetiskan airmata.
·
Ayat 58 diulangi sebanyak 7 kali untuk 7
niat baik iaitu ampunkan dosa, pasangan dan anak soleh, rezeki yang berkat,
berjaya didunia dan akhirat, makbulkan hajat, jauhkan sifat khianat, keimanan
dan keredhaan.
|
JUZ 23
37. AS-SAFFAT (Yang bersaf-saf:
182 ayat diturun di Mekah)
Ayat 1 bercerita bagaimana para
malaikat yang bersih jiwanya berbaris di hadapan Tuhan dan mereka tidak dapat
digoda oleh syaitan. Surah ini mengenai:
·
Tuhan
bersumpah demi rombongan malaikat yang berbaris, yang mencegah kejahatan, dan
yang membaca peringatan.
·
Syaitan
yang mencuri mendengar pembicaraan dikejar oleh bintang yang menyala.
·
Kisah
orang kafir yang memperolok Kebesaran Allah swt.
·
Keadaan
syurga dan neraka Jahanam.
·
Kisah
Nabi Ibrahim, Nabi Ismail, Nabi Ishak, Nabi Nuh, Nabi Musa dan Nabi Harun,
Nabi Ilyas, Nabi Luth dan Nabi Yunus.
·
Rasulullah
bersabda “Setiap mayat (saat yang akan dimakamkan) diikuti oleh tiga hal:
keluarga, harta,dan amalnya. Dua yang pertama kembali pulang dan yang satu
setia mengikut.”
·
Rasulullah
bersabda “Kalian baca tasbih (Subhaanallah), takbir (Allahu Akbar) dan tahmid
(Alhamdulillah) setiap selesai solat sebanyak 33 kali.
38. SAD (88 ayat diturun di Mekah)
Ayat 1 dimula dengan perkataan
SAD. Surah ini mengenai:
·
Orang
kafir berada dalam kesombongan dan permusuhan padahal ramai sebelum mereka
yang telah dibinasakan kerana mendusta Allah swt.
·
Kisah
Nabi Nuh, Nabi Daud, Nabi Sulaiman, Nabi Ayub, Nabi Ismail, Nabi Ilyas, Nabi
Zulkifli.
·
Iblis
enggan sujud kepada ciptaan Allah dan berkata dia lebih baik kerana dicipta
dari api dan Adam dari tanah. Tuhan mengutuk iblis dan menghalau iblis keluar
dari syurga. Iblis bersumpah akan menyesatkan semua.
·
Neraka
Dipenuhi dengan iblis dan orang yang mengikuti iblis.
·
Al-Quran
tidak lain hanyalah peringatan bagi seluruh alam.
39. AZ-ZUMAR
(Rombongan-rombongan: 75 ayat diturun di Mekah)
Ayat 71 - 73 menerangkan
bagaimana orang kafir masuk neraka dengan berkelompok-kelompok, dan orang
mukmin masuk syurga juga berkelompok-kelompok. Surah ini mengenai:
·
Pohon
pertolongan dari Allah swt dan peringatan agar manusia jangan berputus asa
daripada rahmat Allah
·
Beribadah
pada waktu malam kerana takut azab akhirat dan mengharap rahmat Tuhan.
·
Perintah
agar bertakwa dan bersabar.
·
Perihal
syurga – kamar bertingkat-tingkat.
·
Allah
swt menurun al-Quran yang serupa ayat-ayatnya lagi berulang-ulang. Iaitu
hukum-hukum, pengajaran dan kisah-kisah itu diulang-ulang dalam al-Quran
supaya lebih kuat pengaruhnya dan lebih meresap.
· Quran
dalam bahasa Arab agar tidak ada yang terpesong.
·
Ketetapan
bahawa Nabi Muhammad akan juga mati.
·
Perihal
hari kiamat, Padang Mahsyar, neraka dan syurga.
·
Doa
ayat 38 mengenai bertawakal dan berserah diri.
|
JUZ 24
40. GHAFIR (Yang Maha Pengampun: 85 ayat
diturun di Mekah)
Ayat 1 – 3 kenyataan Allah yang
Maha Perkasa, Maha Mengetahui, yang mengampun dosa dan menerima taubat dan
keras hukumanNya yang memiliki kurnia. Surah dimula dengan HA MIM. Surah ini
mengenai:
·
Malaikat
bertasbih serta memohon kepada Allah swt keampunan bagi orang yang bertaubat.
·
Kisah
Nabi Nuh, Nabi Musa,
·
3 tanda
orang munafik – jika berbicara berdusta, jika berjanji ingkar, jika percaya
berkhianat.
·
Hari
kiamat pasti akan datang, tiada keraguannya.
·
Perintah
agar sentiasa berdoa dan jangan sombong.
·
Kebesaran
Allah swt dan Dia menghidupkan dan mematikan. Maka apabila Dia hendak
menetapkan sesuatu urusan Dia hanya berkata “Jadilah!” maka jadilah sesuatu
itu.
41. FUSSILAT (Yang dijelaskan: 54 ayat diturun
di Mekah)
Ayat 1 – 3 bercerita turunnya
al-Quran yang menjelaskan satu persatu dalam bahasa Arab untuk kaum yang
mengetahui. Surah dimula dengan HA MIM. Surah ini mengenai:
·
Rasulullah
adalah seorang manusia biasa, berperawakan sedang, berpundak lebar dan
berambut lebat sampai ke daun telinga, dan suka mengenakan pakaian warna
merah.
·
Penciptaan
langit, alam dan bumi – mencipta gunung-ganang dan tentukan makanan bagi
penghuninya dalam empat masa, mencipta tujuh langit dalam dua masa dan pada
setiap langit Dia mewahyukan urusan masing-masing. Langit yang terdekat bumi
dihiasi bintang-bintang.
·
Kisah
kaum ‘Aad, kaum Thamud yang dibinasakan.
·
Hari kiamat, pendengaran, penglihatan dan kulit menjadi saksi.
·
Sifat
dan balasan orang kafir dan orang beriman.
·
Quran
sebagai petunjuk dan penyembuh orang beriman.
|
JUZ 25
42. ASY-SYURA (Musyawarah: 53 ayat diturun di
Mekah)
Ayat 38 tentang orang yang
bermusyawarah dalam urusan mereka. Surah dimula dengan HA MIM, ‘AIN SIN QAF.
Surah ini mengenai:
·
Sekiranya
Allah mengkehendaki, Dia jadikan manusia satu umat, tetapi Dia masukkan orang
yang diberi rahmat dan juga orang yang zalim.
·
Kebesaran
Allah swt – Pencipta langit dan bumi, menjadikan pasangan daripada jenis
sendiri dan berkembang biak, melapangkan dan membatasi rezeki, dan
mensyariatkan agama kepada Nabi Nuh, Ibrahim, Musa, Isa dan diwahyukan kepada
Nabi Muhammad saw.
·
Ahli
Kitab berpecah belah kerana dengki sesama mereka.
·
Quran
membawa kebenaran memberi keterangan menjadi neraca.
·
Allah
Maha Lembut terhadap hamba-hambaNya dan memberi rezeki kepada siapa yang Dia
kehendaki.
·
Musibah
yang menimpa adalah kerana perbuatan sendiri.
·
Balasan
kejahatan adalah kejahatan yang setimpal. Tidak salah orang yang membela diri
setelah dizalimi. Tetapi siapa yang bersabar dan memaafkan adalah perbuatan
yang mulia dan pahala dari Allah swt.
43. AZ-ZUKHRUF (Perhiasan: 89 ayat diturun di
Mekah)
Ayat 18 tentang anak perempuan
yang dibesarkan sebagai perhiasan sebelum turunnya al-Quran. Surah dimula
dengan HA MIM. Surah ini mengenai:
·
Al-Quran
Kitab yang penuh hikmah.
·
Di
zaman jahiliyah, kelahiran anak perempuan disambut dengan perasaan malu dan
marah dan dibesar tanpa pendidikan dan kurang kecerdasan untuk bersikap
tegas.
·
Nabi
Muhammad diutus membawa ugama yang lebih baik.
·
Siapa
tidak mengendah pengajaran Allah, dibiarkan syaitan menyesatnya dan menjadi
teman karibnya.
·
Kisah
Nabi Ibrahim, Nabi Musa, Nabi Isa.
44. AD-DUKHAN (Kabut: 69 ayat diturun di Mekah)
Surah dimula dengan HA MIM.
Surah ini mengenai:
·
Al-Quran
mula diturun pada malam diberkati 17 Ramadhan.
·
Allah
selamatkan bani israel dari seksaan firaun dan memilih mereka berdasar ilmu
(Kami) diatas semua bangsa.
·
Keadaan
dalam neraka – makanan dari pohon zaqqum seperti cairan tembaga mendidih
dalam perut, diheret ketengah neraka dan dituang atas kepala air yang sangat
panas.
·
Keadaan
dalam syurga – taman dan mata air, memakai sutera halus dan tebal, diberi
pasangan bidadari bermata indah, segala macam buah, tidak merasa mati.
·
Kisah
Nabi Musa.
45. AL-JATHIYAH (Yang berlutut: 37 ayat diturun
di Mekah)
Ayat 27 tentang hari kiamat
dimana setiap umat berlutut dan dipanggil untuk melihat buku catatan amalnya.
Surah dimula dengan HA MIM. Surah ini mengenai:
·
Allah
swt mencela pendusta yang banyak dosa.
·
Bani
israel diberi Kitab Taurat, kekuasaan, kenabian, rezeki, keterangan jelas
mengenai urusan agama dan Allah swt lebihkan mereka atas bangsa-bangsa lain
pada masa itu.
·
Kemudian
Allah utuskan Nabi Muhammad mengikut syariat-syariat daripada agama itu.
·
Al-Quran
pedoman bagi manusia, petunjuk dan rahmat bagi kaum yang meyakini.
·
Orang
yang menjadikan hawa nafsu sebagai tuhannya, Allah biarkannya sesat.
·
Kisah
hari kiamat.
|
JUZ 26
46. AL-AHQAF (Bukit-bukit pasir: 35 ayat
diturun di Mekah)
Ayat 21 bercerita kisah Nabi
Hud mengingat kaum ‘Aad tentang bukit pasir. Surah dimula dengan HA MIM.
Surah ini mengenai:
·
Al-Quran
sebagai petunjuk.
·
Seorang
dari bani israel, telah mengaku isi al-Quran ada yang sesuai dengan Taurat
seperti ketahauhidan, janji dan ancaman, kerasulan Nabi Muhammad dan adanya
kehidupan akhirat. Tetapi bani israel tetap sombong dan dengki.
·
Perintah
berbuat baik kepada kedua orang tua terutama ibu.
·
Kisah
Nabi Hud dan kaum ‘Aad.
·
Ayat 15
doa kepada ibu bapa:
47. MUHAMMAD (38 ayat diturun di Madinah)
Surah ini berkisar kisah Nabi
Muhammad saw. Surah ini mengenai:
·
Balasan
orang yang sabar dan beriman.
·
Pentingnya
menyambung ikatan silaturrahim.
·
Menginfak
harta ka jalan Allah.
48. AL-FATH (Kemenangan: 29 ayat diturun di
Madinah)
Ayat 1 tentang kemenangan yang
nyata. Ada ahli tafsir mengata kemenangan penaklukan Mekah, atau penaklukan
negeri Romawi atau Perdamaian Hudaibiyah. Surah ini mengenai:
·
Nabi
Muhammad diutus sebagai saksi, pembawa berita gembira dan pemberi peringatan
agar beriman kepada Allah dan RasulNya, menguatkan agamaNya, membesarkanNya
dan bertasbih kepadaNya pagi dan petang.
·
Perihal
orang Badwi yang tidak turut keHudaibiyah, bermain kata, dan bersangka buruk.
·
Al-Quran
kitab penuh hikmah dalam bahawa Arab.
·
Kisah
penaklukan Mekah.
·
Nabi
bersikap keras terhadap orang kafir tetapi berkasih sayang terahadap sesama
mereka.
49. AL-HUJURAT (Kamar-kamar: 18 ayat diturun di
Madinah)
Ayat 4 bercerita tentang orang
yang memanggil Rasulullah saw dengan keras dari luar kamar Nabi. Surah ini
mengenai:
·
Perintah
jangan meninggi suara dan berkeras kepada Nabi.
·
Jika
orang fasik datang membawa berita, telitilah kebenaran.
·
Apabila
dua golongan mukmin berperang maka damaikanlah antara keduanya.
·
Larangan
mencemuh orang, kemungkinan yang dicemuh lebih baik dari yang mencemuh,
memanggil gelaran yang buruk, prasangka dan mencari kesalahan orang lain, dan
mengumpat.
50. QAF (45 ayat diturun di Mekah)
Ayat 1 ialah QAF demi al-Quran
yang dimulia. Surah ini mengenai:
·
Orang
kafir tidak percaya hari kiamat dan tidak ambil iktibar dari kisah balasan
yang menimpa orang terdahulu yang tidak beriman – kisah kaum Nuh penduduk
Rass dan Thamud, kaum Aad, Firaun dan kaum Luth, penduduk Aikah dan kaum
Tubba.
·
Catatan
malaikat pengawas, tiupan sangkakala.
·
Syaitan
berkata “Ya Tuhan kami, aku tidak menyesatkannya tetapi dia sendiri yang
berada dalam kesesatan yang jauh”.
·
Balasan
orang kafir dan orang beriman.
51. AZ-ZAARIYAT (Angin yang
menerbangkan: 51 ayat diturun di Mekah)
Ayat 1 Tuhan bersumpah demi
angin yang menerbangkan debu. Surah ini mengenai:
·
Hari
pembalasan.
·
Kisah
Nabi Ibrahim, Nabi Luth, Nabi Musa, Nabi Nuh.
·
Allah
berfirman “Aku tidak mencipta jin dan manusia melainkan agar mereka beribadah
kepadaKu”.
|
JUZ 27
52. AT-TUR (Gunung: 59 ayat diturun di Mekah)
Ayat 1 Tuhan bersumpah demi
gunung. Surah ini mengenai hari pembalasan. Ayat 48 – 49 Allah swt perintah
agar Nabi saw bersabar menunggu ketetapanNya dan senantiasa bertasbih.
53. AN-NAJM (Bintang: 62 ayat diturun di Mekah)
Ayat 1 Tuhan bersumpah demi
bintang ketika terbenam. Surah ini mengenai kekuasaan Allah swt. Inilah surah
yang pertama kali turun yang terkandung di dalamnya ayat sajadah.
54. AL-QAMAR (Bulan: 55 ayat diturun di Mekah)
Ayat 1 mengenai saat waktunya
semakin dekat, bulan pun terbelah. Saat disini ialah terjadinya hari kiamat
atau saat kehancuran kaum musyrikin dan terbelah bulan ialah suatu mukjizat
Nabi saw. Surah ini juga terdapat kisah Nabi Nuh, Nabi Soleh, Nabi Luth.
55. AR-RAHMAN (Yang Maha Pemurah: 78 ayat
diturun di Madinah)
Ayat 1 menyata Allah yang Maha
Pengasih. Surah ini mengenai kekuasaan Allah swt dan berbagai nikmat yang di
beri kepada manusia. Dan setiap nikmat ditanya “Maka nikmat Tuhanmu yang
manakah yang kamu dustakan?”
56. AL-WAQIAH (Hari Kiamat: 96 ayat diturun di
Mekah)
Surah ini mengenai hari kiamat,
perihal neraka dan syurga.
57. AL-HADID (Besi: 29 ayat diturun di Madinah)
Keutamaan surah ini kerana
semasa hendak tidur, Rasulullah membaca al-Musabbihat (surah yang diawali
dengan tasbih) dan bersabda “Didalamnya terdapat ayat yang lebih utama
daripada seribu ayat iaitu firmanNya ‘Huwal awwalu wal akhiru’.” Terdapat
juga kisah Nabi Ibrahim dan Nabi Isa.
|
JUZ 28
58. AL-MUJADALAH (Wanita yang bersoal jawab: 58
ayat diturun di Madinah)
Ayat 1 bercerita persoalan
Khaulah Sa’labah yang dizihar oleh suaminya (menyama isteri dengan ibu) dan beliau
mengadu kepada Nabi. Surah ini mengenai:
·
Kisah
orang yang berbisik-bisik untuk melakukan dosa, permusuhan dan derhaka kepada
Rasul.
·
Apabila
dikata kepadamu “Berilah kelapangan dimajlis” maka lapangkanlah nescaya Allah
akan meberi kelapangan untukmu.
·
Apabila
dikata kepadamu “Berdirilah kamu” maka berdirilah nescaya Allah akan
mengangkat darjat kamu.
59. AL-HASYR (Pengusiran: 24 ayat diturun di
Madinah)
Ayat 2 tentang pengusiran orang
Yahudi Bani Nadhir dari kota Madinah. Surah ini mengenai:
·
Fai’
iaitu harta rampasan diperoleh dari musuh tanpa pertempuran dan diberi kepada
Rasul, kerabat Rasul, anak yatim, orang miskin, orang dalam perjalanan, orang
fakir yang berhijrah, orang Ansar.
·
Sifat
orang beriman Ansar yang tidak bakhil, mencintai dan mengutama orang
Muhajirin yang berhijrah ketempat mereka, tidak keinginan atas apa diberi
kepada Muhajirin meskipun mereka memerlukan
·
Rasul
saw bersabda “Siapa yang membaca tiga ayat terakhir surah Hasyr pada pagi
sebanyak 3 kali, Allah akan mengutus 70,000 malaikat kepadanya. Malaikat itu
memohon ampun baginya hingga petang hari. Jika dia meninggal pada hari itu,
dia wafat sebagai syahid. Siapa yang membacanya pada petang hari, dia akan
memperolehi balasan yang sama.”
60. AL-MUMTAHANAH (Perempuan yang diuji: 13
ayat diturun di Madinah)
Ayat 10 tentang perempuan
mukmin yang berhijrah diuji keimanan. Surah ini mengenai:
·
Hikmah
persaudaraan dan kecintaan diantara orang muslim dan orang yang pernah
dimusuhi.
·
Jangan
jadi orang yang dimurkai Allah sebagai penolong.
61. AS-SAFF (Barisan: 14 ayat diturun di
Madinah)
Ayat 4 menyatakan Allah
mencintai orang yang berperang dijalanNya dalam barisan yang teratur. Surah
ini mengenai:
·
Berjihad
ka jalan Allah dengan harta dan jiwa.
·
Kisah
Nabi Isa yang memberi khabar berita kedatangan seorang Rasul yang akan datang
setelahnya yang namanya Ahmad.
62. AL-JUMU’AH (Hari Jumaat: 11 ayat diturun di
Madinah)
Ayat 9 tentang seruan
melaksanakan segera solat pada hari Jumaat untuk mengingati Allah dan
tinggalkan berjual beli. Surah ini mengenai:
·
Allah
swt mengumpama orang yang tidak membenar kedatangan Nabi Muhammad saw seperti
keldai.
·
Apabila
solat Jumaat selesai maka bertebaranlah di mukabumi mencari kurnian Allah dan
ingatlah Allah banyak-banyak agar kamu beruntung.
63. AL-MUNAFIQIN (Orang Munafik: 11 ayat
diturun di Madinah)
Ayat 1 tentang orang munafik
yang mengaku Nabi Muhammad saw adalah Rasul Allah tetapi ianya dusta. Surah
ini mengenai amaran Allah swt mengenai orang munafik yang sifat keji meskipun
tubuh mereka kuat dan pandai berbicara.
64. AT-TAGHABUN (Hari diperlihatkan segala
kesalahan: 18 ayat diturun di Madinah)
Ayat 9 tentang hari
perhimpunan, diperlihat kesilapan setiap manusia dan siapa beriman nescaya
Allah swt menghapus kesalahan dan dimasuk dalam syurga. Surah ini mengenai:
·
Tidak
ada musibah yang menimpa kecuali dengan izin Allah.
·
Harta
dan anak hanyalah dugaan bagimu.
·
Bertakwalah
kepada Allah menurut kesanggupanmu dan dengarlah serta taatlah, dan infakkkan
harta yang bermanafaat bagi dunia dan akhirat.
65. AT-TALAQ (Talak: 12 ayat diturun di
Madinah)
Ayat 1 Allah memberitahu Rasul
apabila mencerai isteri hendaklah ditalak pada waktu suci dan idahnya. Surah
ini mengenai:
·
Idah,
rujuk dan saksi.
·
Setelah
bercerai agar disediakan tempat tinggal menurut kemampuan, nafkah, jangan
menyusahkan mereka, menyempitkan hati mereka, dan musyawarah dengan baik.
·
Allah
memberi rezeki dari arah yang tidak disangka.
66. AL-TAHRIM (Mengharamkan: 12 ayat diturun di
Madinah)
Ayat 1 tentang teguran Allah
swt kepada Nabi kerana mengharam apa yang dihalal iaitu mengharam atas
dirinya minum madu untuk menyenang hati isteri-isterinya. Surah ini mengenai:
·
Peristiwa
Nabi dengan Habsah dan Aisyah.
·
Taubat
nasuha.
·
Perumpamaan
perempuan kafir - isteri Nabi Nuh dan isteri Luth.
·
Perumpamaan
perempuan beriman - isteri firaun dan Maryam.
|
JUZ 29
67. AL-MULK (Kerajaan: 30 ayat diturun di
Mekah)
Ayat 1 penyataan Allah yang
menguasai segala kerajaan dunia dan akhirat dan Maha kuasa atas segala
sesuatu. Surah ini mengenai:
·
Orang
yang takut melanggar hukum Tuhan semasa tidak dilihat orang, beroleh
keampunan dan pahala yang besar.
·
Tuhan
menjadikan bumi untuk manusia menjelajahi di segala penjuru dan makan
sebagian daripada rezekiNya dan hanya kepadaNya dikembalikan.
·
Kebesaran
Allah swt dan perihat hari kiamat.
·
Rasulullah
saw bersabda “Ada satu surah yang terdiri dari 30 ayat. Ayat ini kelak akan
menjadi syafaat bagi pembacanya sehingga dosa-dosanya akan diampuni allah,
yakni surah al-Mulk.
68. AL-QALAM (Pena: 52 ayat diturun di Mekah)
Ayat 1 Tuhan bersumpah demi
pena dan apa yang mereka tuliskan. Surah ini mengenai:
·
Allah
swt memuji sifat dan budi pekerti Nabi saw.
·
Sifat
yang dikeji – suka bersumpah dan menghina, suka mencela menyebar fitnah,
menghalang segala yang baik, melampaui batas dan banyak dosa, bertabiat
kasar, terkenal dengan kejahatan.
·
Allah
swt menguji penduduk Mekah dengan anugerah nikmat yang banyak tetapi
mendustaNya dan RasulNya. Kemudiannya mereka insaf dan masuk Islam
beramai-ramai setelah penaklukan Mekah.
·
Nabi
saw diberi iktibar nasib Nabi Yunus yang berdoa dengan hati yang sedih, lalu
Tuhan memilihnya dan menjadikannya orang yang soleh.
69. AL-HAQQAH (Hari Kiamat: 52 ayat diturun di
Mekah)
Ayat 1 tentang Hari Kiamat.
Surah ini mengenai:
·
Kisah
kaum ‘Aad dan Thamud dibinasa selama tujuh malam lapan hari tanpa meninggal
sebarang keturunan, kemusnahan firaun dan kaum Nabi Nuh.
·
Apabila
sangkakala ditiup sekali maka hari itu terjadilah hari kiamat - Bumi dan
gunung dihancur dan terbelah langit, para malaikat berada dipelbagai penjuru
langit, manusia dihadap kepada Tuhan dan ada diberi kitab amalannya ditangan
kanan dan ka syurga, yang diberi kitabnya ditangan kiri dan dibelenggu tangan
keleher dan di masuk ka neraka.
·
Al-Quran
wahyu diturun dari Tuhan seluruh alam. Bertasbihlan menyebut nama Tuhan yang
Maha Agung.
70. AL-MA’ARIJ (Tempat-tempat naik: 44 ayat
diturun di Mekah)
Ayat 3 – 4 menyata Allah
memiliki tempat-tempat naik dimana jika para malaikat dan Jibrail mengadap
Allah swt memakan waktu sehari dan jika dilakukan manusia memakan waktu
50,000 tahun. Surah ini mengenai:
·
Keadaan
hari kiamat
·
Manusia
diciptakan bersifat suka mengeluh, apabila ditimpa kesusahan dia
berkeluh-kesah dan apabila mendapat kebaikan (harta) dia menjadi kikir,
kecuali orang yang solat, menginfak hartanya, percayai hari pembalasan, takut
azab Tuhan, memelihara kemaluan dan tidak mencari diluar, memelihara amanah
dan janji, dan berpegang teguh pada kesaksian
71. NUH (28 ayat diturun di Mekah)
Ayat 1 Tuhan mengutus Nabi Nuh
untuk memberi peringatan kepada kaumnya. Surah ini mengenai Nabi Nuh
berdakwah tetapi kaumnya tetap mendusta Allah swt dan masih menyembah
berhala. Ayat 28 doa Nabi Nuh meminta ampun dan memohon kehancuran orang yang
zalim.
72. AL-JIN (Jin: 28 ayat diturun di Mekah)
Ayat 1 tentang sekumpulan jin
yang mendengar al-Quran yang dibaca lalu mereka beriman kepadanya. Surah ini
mengenai:
·
Perbuatan
sesat apabila melintasi tempat sunyi meminta pertolongan kepada jin yang
dianggap berkuasa ditempat itu.
·
Ada
diantara jin yang soleh dan ada yang menyimpang dari kebenaran lalu mereka
ini menjadi bahan bakar bagi neraka jahanam.
·
Ketika
Nabi melaksanakan solat dalam masjid, maka jin-jin berasak-asak
mengerumuninya.
73. AL-MUZZAMMIL (Orang yang berselimut: 20
ayat diturun di Mekah)
Ayat 1 - 4 Tuhan menyeru kepada
orang yang berselimut (Muhammad) untuk bangun bersolat pada malam hari dan
membaca Quran dengan tartil. Surah ini mengenai:
·
Bangun
malam bersolat dan beribadat lebih kuat mengisi jiwa dan membaca al-Quran
pada waktu itu lebih berkesan.
·
Nabi
dianjurkan untuk bersabar dan Tuhan akan bertindak keatas orang yang
berdusta.
·
Keadaan
hari kiamat.
·
Sembahyang
tahajjud, mendirikan solat, menunai zakat serta beri pinjaman yang baik. Apa
saja kebaikan dilakukan nescaya Allah memberi balasan pahala yang besar.
·
Mohon
keampunan kepada Allah Maha Pengampun lagi Maha Penyayang.
74. AL-MUDDATHTHIR (Orang yang berselimut: 56
ayat diturun di Mekah)
Ayat 1 - 5 Tuhan menyeru kepada
orang yang berselimut untuk bangun beri peringatan, agungkan Tuhan, bersihkan
pakaian dan tinggalkan segala perbuatan keji. Surah ini mengenai:
·
Allah
mencela pemimpin quraish yang diberi kekayaan dan keluarga tetapi sombong dan
berkata al-Quran direka dan sihir. Dia kelak akan di masuk dalam neraka.
·
Allah
bersumpah demi bulan, malam dan subuh sebagai peringatan kepada manusia agar
jangan mendusta hari pembalasan.
75. AR-QIYAMAH (Hari Kiamat: 40 ayat diturun di
Mekah)
Ayat 1 – 2 Tuhan bersumpah
dengan hari kiamat dan demi jiwa yang selalu menyesali. Surah ini mengenai:
·
Ada
manusia yang bertanya bila hari kiamat – dijawab apabila mata terbeliak
ketakutan, bulan hilang cahaya, matahari dan bulan dikumpulkan dan tidak ada
tempat berlindung.
·
Pada
Tuhan tempat dikembali pada hari itu.
·
Wajah
orang mukmin berseri-seri memandang Tuhan, dan wajah orang kafir muram kerana
yakin ditimpa malapetaka yang sangat dasyat.
·
Tuhan
mencelaka orang kafir diulang 4 kali – pertam pada saat akan mati, kedua
ketika di dalam kubur, ketiga pada waktu hari berbangkit, keempat di dalam
neraka jahanam.
76. AL-INSAN (Manusia: 31 ayat diturun di
Madinah)
Ayat 1 – 2 tentang manusia yang
masih belum wujud pada satu ketika dan kemudian Tuhan mencipta manusia
daripada setitis mani yang bercampur. Surah ini mengenai:
·
Tuhan
hendak menguji manusia dengan perintah dan larangan.
·
Orang
beriman berbuat kebajikan kerana mengharap keredhaan Allah swt dan tidak
mengharap sebarang balasan serta takut azab pada hari kiamat. Allah
melindungi mereka dan balasan syurga.
·
Bersabar,
sebut nama Tuhan pagi dan petang, bersujud dan bertasbih pada waktu malam.
·
Orang
kafir mencintai kehidupan dunia dan meninggal hari yang berat dibelakang.
77. AL-MURSALAT (Para malaikat yang diutus: 50
ayat diturun di Mekah)
Ayat 1 – 5 tentang malaikat
yang diutus untuk menjalankan tugas – yang terbang dengan kencang, yang
menyebarkan rahmat Allah, yang membeza antara baik dan buruk, dan yang
menyampaikan wahyu. Surah ini mengenai:
·
Apa
yang dijanji pasti terjadi - Bintang-bintang dihapuskan, langit terbelah,
gunung dihancur jadi debu, rasul-rasul berkumpul bersama umat masing-masing.
·
Pada
hari keputusan – celaka bagi mereka yang mendusta.
·
Orang
bertakwa berada dalam naungan pepohon syurga yang teduh.
|
JUZ 30
78. AN-NABA’ (Berita besar: 40 ayat diturun di
Mekah
Ayat 2 menyatakan tentang
berita besar iaitu hari kiamat. Kaum musyrikin saling bertanya mengenai hari
kiamat maka turunlah ayat ini. Surah ini mengenai kebangkitan dari kubur,
pemberian balasan dan keadaan pada hari kiamat sebagai bukti bagi menguatkan
kepercayaan akan adanya hari kiamat yang selama ini disangkal oleh kaum
musyrikin.
79. AL-NAZI’AT (Para malaikat yang mencabut: 46
ayat diturun di Mekah)
Ayat 1 – 5 tentang malaikat
yang akan mencabut nyawa. Surah ini mengenai:
·
Malaikat
mencabut nyawa samada dengan keras atau lemah-lembut.
·
Kisah
Nabi Musa dan firaun.
·
Kisah
hari kiamat.
80. ‘ABASA (Dia bermasam muka: 42 ayat diturun
di Mekah
Ayat 1 – 11 bercerita tentang
Rasulullah saw bermasam muka kepada seorang buta, Abdullah Maktum yang
mendatangi Rasulullah untuk diajar mengaji Quran dan ilmu Allah. Rasulullah
sedang melayan pemimpin quaraisy dan tidak senang hati kerana percakapannya
terputus, lalu baginda bermasam muka dan berpaling tidak mengendahkannya.
Surah ini mengenai teguran dari Allah swt dan keadaan di hari kiamat.
81. AT-TAKWIR (Menggulung: 29 ayat diturun di
Mekah)
Ayat 1 tentang saat matahari
digulung. Surah ini mengenai keadaan hari kiamat:
·
Perihal
kiamat - matahari menggulung, bintang berjatuhan, gunung dihancur, lautan
dipanas, langit dilenyap, binatang liar dikumpulkan, roh dipertemu dengan
tubuhnya, bayi perempuan yang dikubur hidup-hidup ditanya kerana dosa apa dia
dibunuh?, lembaran catatan amal dibuka lebar-lebar; neraka dinyala, syurga
didekat, dan jiwa akan mengetahui apa yang telah dikerjakan.
·
Allah
swt bersumpah demi malam apabila telah larut dan demi subuh apabila fajar
menyinsing, sesungguhnya al-Quran itu benar-benar firman Allah yang dibawa
oleh Jibril.
82. AN-INFITAR (Terbelah: 19 ayat diturun di
Mekah)
Ayat 1 tentang saat langit
terbelah. Surah ini mengenai keadaan hari kiamat:
·
Perihal
kiamat - langit terbelah, bintang jatuh berselerakan, lautan meluap, kuburan
dibongkar, jiwa akan mengetahui apa yang telah dikerja dan yang dilalai, hari
ketika seseorang tidak berdaya menolong orang lain.
·
Orang
yang berbakti ka syurga dan orang derhaka ka neraka.
83. AL-MUTAFFIFIN (Orang yang curang: 36 ayat
diturun di Mekah)
Ayat 1 – 3 tentang orang yang
curang dalam sukatan dan timbangan. Surah ini mengenai:
·
Allah
swt mencela orang yang curang – apabila menerima sukatan orang lain mereka
meminta dipenuhi dan apabila menyukat untuk orang lain mereka mengurangkan.
·
Catatan
orang derhaka disimpan dalam kitab Sijjin dan catatan orang berbakti disimpan
dalam kitab ‘Illiyyin.
·
Keadaan
di syurga.
84. AL-INSYIQAQ (Terbelah: 25 ayat diturun di
Mekah)
Ayat 1 tentang saat langit
terbelah. Surah ini mengenai keadaan hari kiamat:
·
Apabila
langit terbelah, bumi dirata dan memuntah apa yang ada di dalamnya dan
menjadi kosong dan manusia dalam perjalanan menemuiNya.
·
Keadaan
orang beriman dan orang kafir pada hari kiamat.
85. AL-BURUJ (Gugusan bintang: 22 ayat diturun
di Mekah)
Ayat 1 dimana Tuhan bersumpah
demi gugusan bintang. Surah ini mengenai:
·
Orang
kafir yang mendusta al-Quran akan dapat balasan azab.
·
Orang
mukmin yang mendapat balasan syurga.
·
Peringatan
mengenai firaun dan thamud.
86. AT-TARIQ (Yang datang di malam hari: 17
ayat diturun di Mekah)
Ayat 1 dimana Tuhan bersumpah
demi langit dan bintang al-Tariq. Surah ini mengenai:
·
Manusia
dicipta daripada air mani yang terpancar keluar daripada antara tulang
punggung dan tulang dada.
·
Hakikat
al Quran yang merupa titah dan perintah Tuhan, pemisah yang hak dan yang
batil.
·
Menolak
dakwaan orang yang mendustakannya.
87. AL-A’LA (Yang paling tinggi: 19 ayat
diturun di Mekah)
Ayat 1 berbunyi “Sucikanlah
nama Tuhanmu yang Maha Tinggi”. Surah ini mengenai:
·
Tuhan
pencipta dan menentukan kadar masing-masing dan memberi petunjuk.
·
Al-Quran
dibacakan kepada Nabi saw sehingga tidak lupa.
·
Beruntung
orang beriman dengan mengingati nama Tuhannya lalu bersolat, sedangkan orang
kafir memilih kehidupan dunia.
·
Kehidupan
akhirat itu lebih baik dan lebih kekal.
88. AL-GHASHIYAH (Hari pembalasan: 26 ayat
diturun di Mekah)
Surah ini mengenai hari kiamat:
·
Wajah
yang tunduk hina kerana memasuki api yang sangat panas,diberi minum dari
sumber mata air yang sangat panas, tidak ada makanan selain dari pohon yang
berduri.
·
Wajah
yang berseri dalam syurga ada mata air yang mengalir, pelamin yang ditinggi,
gelas yang tersedia, bantal sandaran yang tersusun, permaidani yang
terhampar.
89. AL-FAJR (Fajar: 30 ayat diturun di Mekah)
Ayat 1 dimana Tuhan bersumpah
demi fajar, demi malam yang sepuluh. Surah ini mengenai:
·
Peringatan
mengenai kaum aad, iram, thamud, dan firaun.
·
Allah
swt menyalahkan orang yang mengatakan bahawa kekayaan itu adalah suatu
kemuliaan dan kemiskinan suatu kehinaan. Sebenarnya kekayaaan dan kemiskinan
adalah ujian Allah bagi hamba-hambanya.
·
Kisah
hari kiamat.
90. AL-BALAD (Negeri: 20 ayat diturun di Mekah)
Ayat 1 dimana Tuhan bersumpah
dengan negeri Mekah. Surah ini mengenai:
·
Tuhan
mencipta manusia berada dalam susah payah.
·
Tuhan
telah menunjuk dua jalan – kebajikan dan kejahatan
·
Jalan
kebajikan iaitu jalan yang sukar -
melepaskan hamba sahaya, memberi makan pada hari terjadinya kelaparan,
kepada anak yatim atau orang miskin yang sangat fakir, saling berpesan untuk
bersabar dan berkasih sayang.
91. ASY-SYAMS (Matahari: 15 ayat diturun di
Mekah)
Ayat 1 dimana Tuhan bersumpah
demi matahari, bulan, siang, malam, langit, serta penyempurnaan ciptaan.
Surah ini mengenai kaum thamud dan unta betina.
92. AL-LAIL (Malam: 21 ayat diturun di Mekah)
Ayat 1 dimana Tuhan bersumpah
demi malam apabila menutupi cahaya siang, demi siang apabila terang benderang
dan demi penciptaan lelaki dan perempuan. . Surah ini mengenai:
·
Barangsiapa
memberi harta ka jalan Allah dan bertakwa maka dimudah baginya jalan menuju
kebahagiaan.
·
Orang
yang kikir dan merasa dirinya cukup tanpa pertolongan Allah serta mendusta
dimudah baginya jalan menuju kesengsaraan.
93. AD-DHUHA (Waktu dhuha: 11 ayat diturun di
Mekah)
Ayat 1 dimana Tuhan bersumpah
demi waktu dhuha dan demi malam apabila sunyi. Surah ini mengenai:
·
Tuhan
memberi kurniaan kepada Rasulullah - engkau yatim lalu Dia lindungimu, engkau
bingung lalu Dia beri petunjuk, engkau kekurangan lalu Dia beri kecukupan.
·
Maka
terhadap yatim jangan dilaku sewenang-wenang, terhadap orang yang meminta
jangan diherdik, terhadap nikmat Tuhan hendaklah nyatakan dengan bersyukur.
94. ASY-SYARH (Kelapangan: 8 ayat diturun di
Mekah)
Ayat 1 dimana Tuhan melapang
dada Muhammad saw. Surah ini menyata bahawa bersama kesulitan ada kemudahan
dan apabila selesai sesuatu urusan tetap bekerja keras untuk urusan lain.
95. AT-TIN (Buah tin: 8 ayat diturun di Mekah)
Ayat 1 dimana Tuhan bersumpah
demi buah Tin dan buah Zaitun. Ada yang menafsir Tin ialah tempat tinggal
Nabi Nuh iaitu Damsyik yang banyak pohon tin dan Zaitun ialah BaitulMaqdis
yang banyak tumbuh zaitun. Surah ini menyatakan Tuhan telah mencipta manusia
dalam bentuk yang sebaik-baiknya kemudian dikembalikan ketempat
serendah-rendahnya kecuali orang beriman akan mendapat pahala tanpa putus.
96. AL-‘ALAQ (Segumpal darah: 19 ayat diturun
di Mekah)
Ayat 2 tentang penciptaan
manusia dari segumpal darah. Surah ini mengenai:
·
Abu
Jahal yang menghalang Rasulullah dalam solat dan bertakwa.
·
Ditarik
ubun-ubun orang yang mendusta dan derhaka dan diseksa oleh melaikat
Zabaniyah.
97. AL-QADR (Kemuliaan: 5 ayat diturun di
Mekah)
Surah ini mengenai malam
Lailatul Qadr malam yang penuh kemuliaan dan kebesaran kerana malam itu
permulaan turun Quran. Allah swt menyata kemuliaan malam Lailatul Qadr lebih
baik dari seribu bulan. Pada malam itu turun malaikat dan roh Jibril untuk
mengatur semua urusan mengikut ketetapan Allah swt dan malam sejahtera sampai
terbit fajar.
98. AL-BAYYINAH (Bukti yang nyata: 8 ayat
diturun di Madinah)
Ayat 1 tentang orang kafir
tidak akan meninggal agama mereka sampai datang bukti yang nyata. Surah ini
mengenai:
·
Perutusan
Nabi dan Quran yang dalamnya terdapat isi kitab-kitab terdahulu yang benar.
·
Perintah
menyembah dan mentaati Allah dengan ikhlas, solat dan zakat.
·
Orang
kafir daripada golongan ahlikitab dan orang musyrik adalah sejahat-jahat
makhluk.
·
Orang
beriman dan mengerjakan kebajikan adalah sebaik-baik makhluk.
99. AL-ZALZALAH (Kegoncangan: 80 ayat diturun
di Madinah)
Ayat 1 tentang bumi digoncang
dengan dasyat dan mengeluar beban berat kandungannya. Surah ini mengenai hari
kiamat:
·
Manusia
keluar dari kubur dalam keadaan berkelompok untuk mendapat balasan.
·
Barang
siapa mengerja kebaikan atau kejahatan sebesar zarah, nescaya akan melihat
balasannya.
100. AL-‘ADIYAT (Kuda perang: 11 ayat diturun di
Mekah)
Ayat 1 dimana Tuhan bersumpah
demi kuda perang. Dalam sebuah peperangan Rasulullah mengirim pasukan
berkuda, tetapi lama tidak terdengar berita pasukan itu, lalu turunlah surah
ini. Manusia sangat ingkar tidak bersyukur kepada Tuhan dan cinta kepada
harta benar-benar berlebihan.
101. AL-QARI’AH (Hari kiamat: 11 ayat diturun di
Mekah)
Surah ini mengenai hari kiamat:
·
Manusia
seperti kupu-kupu yang berterbangan dan gunung seperti bulu yang dihambur.
·
Ada
yang berat timbangan kebaikannya maka senang kehidupan.
·
Ada
yang ringan timbangan maka ka neraka Hawiyah yang sangat panas.
102. AT-TAKATHUR (Bermegah-megah: 8 ayat diturun
di Mekah)
Surah ini berkenaan dua kabilah
Ansar yang saling menyombong diri dengan harta mereka. Maka turunlah ayat
sebagai teguran.
103. AL-ASR (Masa: 3 ayat diturun di Mekah)
Tuhan bersumpah demi masa.
Sesungguhnya manusia dalam kerugian kecuali orang yang beriman dan
mengerjakan amal soleh serta saling menasihati untuk kebenaran dan kesabaran.
104. AL-HUMAZAH (Pengumpat: 9 ayat diturun di
Mekah)
Tuhan mencelaka pengumpat dan
pencela, dan manusia yang mengumpul harta tapi bakhil dan tidak manu menafkah
ka jalan Allah. Balasan dilempar ka neraka Hutamah iaitu api yang menyala
membakar sampai ka hati sedang mereka diikat pada tiang yang panjang.
105. AL-FIIL (Gajah: 5 ayat diturun di Mekah)
Surah ini berkenaan pasukan
gajah Abrahah gabenor Yaman yang hendak menghancur Kaabah. Sebelum masuk ka
Kota Mekah tentera tersebut diserang burung-burung yang melempar dengan batu
tanah liat yang dibakar sehingga musnah.
106. QURAISH (Suku quraish: 4 ayat diturun di
Mekah)
Surah ini sebagai penghormatan
kepada keistimewaan bangsa quraisy. Rasulullah saw bersabda “Allah melebihkan
kaum quraisy dengan tujuh perkara diantaranya Allah menurunkan surah yang
berkenaan dengan mereka”.
107. AL-MA’UN (Bantuan: 7 ayat diturun di Mekah)
Surah ini menjelas sifat kaum
munafik yang mendusta agama:
·
Mengherdik
anak yatim;
·
Tidak
mendorong memberi makan orang miskin;
·
Hanya
solat depan orang tetapi lalai terhadap solat bila tiada orang;
·
Berbuat
riyak dan enggan memberi bantuan.
108. AL-KAUTHAR (Nikmat yang
banyak: 3 ayat diturun di Mekah)
Ayat 1 dimana Tuhan menyatakan
banyak nikmat yang dikurniakan. Surah ini memberi perintah solat kerana
Tuhan, berkorban sebagai ibadah dan dekatkan diri kepada Allah dan orang yang
membenci Rasulullah terputus dari rahmat Allah.
109. AL-KAFIRUN (Orang kafir: 6 ayat diturun di
Mekah)
Orang kafir meminta Rasulullah
menyembah sembahan mereka selama setahun dan mereka akan menyembah Allah
selama setahun pula. Maka turunlah surah ini yang memaklum orang kafir
untukmu agamamu dan untukku agamaku. Tidak ada toleransi dalam hal iman dan
ibadat.
110. AN-NASR (Pertolongan: 3 ayat diturun di
Madinah)
Surah ini menyatakan
pertolongan dan kemenangan datangnya dari Allah swt dan sesungguhnya Dia yang
Maha Penerima Taubat.
111. AL-MASAD (Sabut: 5 ayat diturun di Mekah)
Ayat 5 menyebut leher isteri
Abu Lahab dipintal tali dari sabut. Tuhan menyatakan binasalah Abu Lahab dan
isteri yang selalu menyebar fitnah memburuk Nabi dan kaum muslimin.
112. AL-IKHLAS (4 ayat diturun di Mekah)
Kaum musyrikin bertanya
sifat-sifat Tuhan, maka turunlah surah ini. Dialah Allah yang Maha Esa,
tempat meminta segala sesuatu, tiada beranak dan tiada pula diperanakkan dan
tidak ada sesuatu pun yang setara dengan Dia.
113. AL-FALAQ (Waktu subuh: 5 ayat diturun di
Madinah)
Surah ini menyatakan agar
berlindung kepada Tuhan yang menguasai subuh daripada:
·
Kejahatan
makhlukNya, Kejahatan malam apabila telah gelap gelita.
·
Kejahatan
wanita-wanita tukang sihir yang menghembus pada simpulan.
·
Kejahatan
orang yang dengki.
114. AN-NAS (Manusia: 6 ayat diturun di Madinah)
Seorang Yahudi menyihir
Rasulullah lalu turunlah surah ini. Setiap kali Rasulullah membaca satu ayat,
satu tali terputus dan begitulah sehingga seluruh tali terlepas. Jibril
merukyah agar sebut sifat Tuhan – iaitu berlindung dengan Tuhan yang
Memelihara, Raja yang Menguasai sekalian manusia, Tuhan yang berhak disembah.
Berlindung daripada:
·
Kejahatan
bisikan syaitan yang bersembunyi membisik kejahatan dalam dada manusia.
·
daripada
golongan jin dan manusia
|
Assalamualikum Prof, ringkasan tafsir ini sgt berguna kpd yg telah membaca tafsir keseluruhannya. Bila baca ringkasan ini boleh mengimbas kembali isi keseluruhan quraan dgn cepat - setiap 10 surah tidak lebih 30minit. Jazakallah...
ReplyDeleteWould like to have the softcopy please. Jazzakallah...
ReplyDeleteHello Sab
ReplyDeleteAlhamdulillah I'm happy to get your comment. Drop me a line at my email wmaimun@yahoo.com and I will forward you the word file.