Saturday, July 27, 2013

JUZ 11 - 20

Assalamualaikum: Below is the continuation of Juz 11 - 20. Have a read and enjoy.

JUZ 11
 
10.  YUNUS (Nabi Yunus: 109 ayat diturun di Mekah (ayat 40, 94 & 95 di Madinah)
Ayat 98 tentang Nabi Yunus. Surah ini bermula dengan ALIF LAM RA. Surah ini mengenai:
  • Tanda-tanda kebesaran Allah di alam semesta.
  • Allah tidak menzalimi manusia sedikit pun, manusialah yang menzalimi diri mereka sendiri.
  • Segala perbuatan manusa tercatat dalam Kitab Lauh Mahfuz.
  • Penyesalan manusia di akhirat.
  • Kisah Nabi Nuh, Nabi Musa, Nabi Harun dan Nabi Yunus.
  • Ayat 81 penangkal sihir (rujuk juga 7:118-121 dan 20:69).

 11.  HUD (Nabi Hud: 123 ayat diturun di Mekah)
Ayat 50 - 60 tentang kisah Nabi Hud. Surah ini bermula dengan – ALIF LAM RA. Surah ini mengenai:
  • Bukti-bukti Keesaan dan Kekuatan Allah swt.
  • Sifat sabar dan amal soleh beroleh keampunan dan pahala.
  • Orang kafir tidak percaya hari akhirat. Allah memberi mereka perhiasan dunia tetapi balasan neraka diakhirat kelak.
  • Nabi Nuh – kaum dan anaknya ditenggelami banjir.
  • Nabi Hud – kaum Aad yang ingkar diturun hujan lebat.
  • Nabi Soleh – kaum Thamud membunuh unta betina yang merupakan mukjizat dan dibinasa dengan gempar bumi.
  • Nabi Ibrahim – berita kelahiran Ishak dan Yaakub.
  • Nabi Luth – kaumnya homoseksual dibinasa dimana negeri itu tunggang terbalik dan dihujani batu dari tanah yang terbakar.
  • Nabi Syuib – penduduk Madyan menipu timbangan dibinasa oleh ledakan bunyi yang kuat.
  • Nabi Musa.
  •  Ayat 41 doa Nabi Nuh dan ayat 115 anjuran agar bersabar. 

JUZ 12
 
12. YUSUF (Nabi Yusuf: 111 ayat diturun di Mekah)
Surah ini bermula dengan – ALIF LAM RA. Keseluruhan surah ini mengenai Nabi Yusuf.
  • Bermimpi sebelas bintang, matahari bulan, semua sujud kepadanya. 
  • Ditinggal kan dalam perigi oleh saudaranya. Sekolompok musafir menjumpainya dan menjual kepada seorang Mesir.
  • Digoda Zulaikha dan difitnah dan dipenjara.
  • Dakwahnya dalam penjara.
  • Takwil Nabi Yusuf tentang mimpi raja.
  • Dibebas dari penjara dan menjadi pembesar negara.
  • Pertemuan dengan saudara dan kedua orang tuanya.
  • Pelajaran dari kisah Nabi Yusuf.

JUZ 13
 
13. AR-RA’D (Guruh: 43 ayat diturun di Mekah)
Ayat 12 – 17 bercerita tentang kilat, guruh dan hujan tanda Keesaan Allah swt. Surah ini bermula dengan – ALIF LAM MIM RA. Surah ini mengenai:
  • Bukti Kekuasaan Allah dan Kesempurnaan ilmuNya.
  • Bangkit dan runtuh suatu bangsa bergantung pada sikap dan tindakan mereka sendiri.
  • Sifat mulia - memenuhi janji Allah, menghubung silaturrahim, takut Tuhan dan hisab, sabar mencari keredaan Tuhan, solat, menafkah sebahagian rezeki, mengganti kejahatan dengan kebaikan.
  • Sifat orang ingkar kepada Allah - Melanggar janji Allah, memutus silataurrahim, dan buat kerosakan dimuka bumi.
  • Allah mengutus Nabi dan Quran kitab yang menggoncang dunia.
  • Hidup berkeluarga tidak berlawanan dengan kerasulan.
  • Syurga untuk orang beriman dan neraka untuk orang kafir.

 14. IBRAHIM (Nabi Ibrahim: 52 ayat diturun di Mekah)
Ayat 35 - 41 bercerita tentang doa Nabi Ibrahim. Surah ini bermula dengan – ALIF LAM RA. Surah ini mengenai:
  • Al-Quran diturun untuk mengeluar manusia dari kegelapan.
  • Nabi Musa diutus untuk menyelamat kaumnya dari firaun.
  • Tiap kebenaran pada permulaannya ditolak.
  • Syaitan tiada kuasa cuma menggoda manusia dan jika manusia mematuhi godaan syaitan maka cercalah diri sendiri.
  • Perintah solat, zakat dan sedekah.
  • Nikmat Allah – langit dan bumi, air hujan yang mengeluar buah-buahan, laut dan sungai, matahari dan bulan yang beredar dalam orbitnya, malam dan siang.
  • Allah memperkenan doa Nabi Ibrahim agar negeri Mekah aman dan keturunannya mendiri solat disisi Kaabah.
  • Hukuman azab bagi penentang Allah.
  • Ayat 40 - 41 doa Nabi Ibrahim agar anak cucu tetap mendiri solat.
 
JUZ 14
 
15. AL-HIJR (Negeri Kaum Thamud: 99 ayat diturun di Mekah)
Ayat 80 -86 bercerita kisah kaum Thamud yang memahat gunung batu untuk kediaman. Surah ini bermula dengan – ALIF LAM RA. Surah ini mengenai:
  • Kekuasan Allah meliputi alam semesta – gugusan bintang dilangit, gunung dibumi, tumbuhan mengikut ukuran, angin dan air untuk tumbuh-tumbuhan, dll.
  • Tuhan mencipta manusia, malaikat semua sujud kecuali iblis.
  • Kisah Nabi Ibrahim diberi khabar kelahiran anak lelaki  yang alim.
  • Kisah Nabi Luth dan kaumnya dimana kota Sadum diterbalik ka bawah dan dihujani dengan tanah terbakar.
  • Kisah Nabi Syu’aib dimana kota Aikah juga dibinasakan.
  • Kisah Kaum Thamud dikota Hijr dibinasa dengan gempa bumi.
  • Nabi dianugerah 7 ayat yang dibaca berulang-ulang dan al-Quran yang agung.
 
16. AL-NAHL (Lebah: 128 ayat diturun di Mekah)
Ayat 68 -69 tentang kebaikan madu lebah. Surah ini mengenai:
  • Kepastian hari kiamat dan kebenaran wahyu.
  • Penciptaan alam semesta.
  • Allah tidak menyukai orang sombong
  • Azab keatas orang kafir dan Syurga bagi orang beriman.
  • Tiap umat diutus Rasul untuk menerang kebenaran dan menjadi saksi dihari akhirat.
  • Allah berfirman “apabila Kami mengkehendakinya, Kami hanya mengatakan “Kun (jadilah)”, maka jadilah ia.
  • Sifat orang beriman – akhlak baik, suka bertaubat, buat baik dan ikhlas dalam amalan. Bila ditimpa kemudaratan, kepadaNya meminta pertolongan.
  • Lebah dan kebaikan madu bagai  ubat yang menyembuhkan.
  • Makanan yang halal dan haram.
  • Nabi Ibrahim teladan yang patuh kepada Allah.

JUZ 15
 
17. AL-ISRA’ (Perjalanan di malam hari: 111 ayat diturun di Mekah)
Ayat 1 tentang perjalanan Nabi Muhammad saw dari masjid al-Haram ka masjid al-Aqsa. Surah ini mengenai:
  • Is’raj dari mekah ka baitulmaqaddis.
  • Kehancuran bani israel kerana tidak mengikuti ajaran Taurat.
  • Al-Quran pertunjuk ka jalan yang benar.
  • Setiap orang memikul dosanya sendiri.
  • Solat, tahajjud, berdoa dan baca Quran sebagai penawar.
  • Godaan syaitan menyebab kekufuran manusia.
  • Berbuat baik, rendah diri, kasih sayang pada ibubapa, beri hak kepada yang berhak, penuhi janji, dan timbangan yang benar.
  • Jangan boros, kikir, membunuh, berzina, sombong, mendekati harta anak yatim, dan mengikuti apa yang tiada pengetahuan.
  • Kisah Nabi Musa dengan firaun.
  • Ayat 24, 80 dan 110-111 sebagai doa.
 
18. AL-KAHF (Gua: 110 ayat diturun di Mekah)
Ayat 9 – 26 bercerita kisah Ashabul Kahfi. Surah ini mengenai:
  • Ashbul Kahfir - Allah menidurkan pemuda-pemuda beriman selama 309 tahun dalam gua.
  • Sebutlah “InsyaAllah”.
  • Beberapa kejadian hari kiamat dan penderhakaan iblis.
  • Kisah Nabi Musa berjumpa Nabi Khidir.
  • Kisah Zulqarnain dengan Yakjuj dan Makjuj.
  • Azab bagi orang musyrik dan pahala bagi orang mukmin.
  • Ayat 107 – 110: Dibaca setalah bangun dari tidur.
 
JUZ 16
 
19. MARYAM (Maryam: 98 ayat diturun di Mekah)
Ayat 16 – 22 bercerita kisah Maryam. Surah ini bermula dengan – KAF HA YA ‘AIN SHAD. Surah ini mengenai:
  • Kisah Nabi Zakaria – walau sudah tua dikurnia anak Nabi Yahya.
  • Nabi Yahya – diangkat sebagai nabi dan sifat-sifat keutamaannya.
  • Nabi Isa – berbicara semasa dalam buaian.
  • Nabi Ibrahim – berbicara dengan bapanya.
  • Kisah Maryam mengandung dan melahirkan Nabi Isa.
  • Kisah lain-lain nabi – Nabi Harun, Nabi Idris, Nabi Nuh.
  • Apabila Tuhan menetapkan sesuatu, maka Dia hanya berkata “Jadilah” maka jadilah ia.
  • Kepalsuan ajaran bahawa Allah mempunyai anak.
 
20. TAHA (135 ayat diturun di Mekah)
Surah ini bermula dengan – TAA HAA. Surah ini mengenai:
  • Al-Quran diturunkan sebagai peringatan bagi manusia.
  • Kisah Nabi Musa.
  • Kisah Nabi Adam dan keingkaran iblis.
  • Keadaan pada hari kiamat.
  • Beberapa peringatan dan ajaran – bersabar, bertasbih, bersolat.
  • Ayat 25 -28 doa Nabi Ibrahim untuk semangat ketika diperintah melawan firaun.
 
JUZ 17
 
21. AL-ANBIYA’ (Nabi-nabi: 112 ayat diturun di Mekah)
Ayat 48 – 91 bercerita kisah Nabi-nabi. Surah ini mengenai:
  • Penentangan kaum musyrikin terhadap Nabi dan Al-Quran.
  • Manusia dicipta bersifat tergesa-gesa.
  • Tembok Yakjuj dan Makjuj.
  • Nabi Musa dan Nabi Harun – pemberian kitab Taurat.
  • Nabi Ibrahim – hidayah kebenaran.
  • Nabi Luth –penduduk yang homoseksual.
  • Nabi Nuh – senantiasa berdoa.
  • Nabi Daud dan Sulaiman – ilmu menunduk gunung dan binatang.
  • Nabi Ayub –dilenyap dari penyakit dan dilipatganda keluarga.
  • Nabi Ismail, Nabi Idris, Nabi Zulkifli –sabar dan diberi rahmat.
  • Nabi Yunus – ditelan ikan dan diselamatkan dari kedukaan.
  • Nabi Zakaria –bersegera dan sentiasa mengerja perbuatan baik.
  • Maryam – memelihara kehormatannya.
  • Ayat 87 doa Nabi Yunus semasa di dalam perut ikan.
 
22. AL-HAJJ (Haji: 78 ayat diturun di Madinah)
Ayat 26 – 29 tentang Haji. Surah ini mengenai:
  • Kedasyatan hari kiamat
  • Proses kejadian manusia dan tumbuhan
  • Celaan Allah terhadap orang yang membantah Allah, sombong, menyesatkan orang, dan tidak berpendirian
  • Sifat orang beriman – gementar disebut nama Allah, sabar, solat, berzakat, berbuat yang makruf mencegah yang mungkar.
  • Keadaan syurga dan neraka.
  • Mengerjakan haji dan binatang korban.
  • Izin berperang bagi orang mukmin.
  • Tugas Rasul adalah memberi peringatan - ayat penawar hati Nabi Muhammad.
 
JUZ 18
 
23. AL-MUKMINUN (Orang yang beriman: 118 ayat diturun di Mekah)
Ayat 1 tentang sifat orang beriman. Surah ini mengenai:
  • Sifat orang mukmin– Kusyuk dalam solat, berzakat, bersedekah, jauhi perbuatan tidak berguna, memelihara kemaluan dan amanah.
  • Kejadian manusia dan alam semesta.
  • Keagungan Tuhan pencipta alam, tujuh petala langit dan Arasy.
  • Kisah Nabi Nuh, Nabi Hud, Nabi Musa dan Nabi Harun.
  • Allah tidak membeban seseorang melain menurut kesanggupannya.
  • Orang kafir apabila mati kesal dan minta dikembali ke dunia untuk berbuat kebaikan.
 24. AN-NUR (Cahaya: 64 ayat diturun di Madinah)
Ayat 35 – 36 tentang cahaya kepada langit dan bumi, dan cahaya dirumah yang penghuninya bertasbih namaNya pagi dan petang. Surah ini memberi beberapa hukum mengenai:
  • Hukum zina dan sumpah laknat.
  • Kisah Aisyah difitnah berzina.
  • Allah memerintah agar manusia berbaik sangka dan melaknat orang yang menuduh perempuan beriman berzina.
  • Perempuan keji untuk lelaki keji dan perempuan yang baik untuk lelaki baik.
  • Ingatan kepada lelaki beriman – pelihara pandangan dan kemaluan
  • Ingatan kepada perempuan beriman - pelihara pandangan dan kemaluan, jaga aurat, bertudung, jaga perhiasan dan bertaubat.
  • Ciri-ciri orang yang layak dikahwini.
  • Tatalaku ka rumah orang.
  • Tatalaku anak-anak masuk ka kamar tidur orang dewasa.
 
25. AL-FURQAN (Pembeza: 77 ayat diturun di Mekah)
Ayat 1 – 52 bercerita tentang al-Quran. Surah ini mengenai:
  • Turunnya al-Quran
  • Kisah Nabi Musa dan Nabi Harun, dan Nabi Nuh.
  • Orang yang dijanjikan syurga - Rendah hati, solat Tahajjud, menginfak harta, tidak mempersekutu Allah, tidak membunuh dan tidak berzina, bertaubat, mengerja kebajikan, tidak memberi kesaksian palsu, selalu berdoa.
  • Ayat 74 doa mengenai mendapat pasangan soleh.

JUZ 19
 
25. ASY-SYU’ARA’ (Para Penyair: 227 ayat diturun di Mekah)
Ayat 224 – 227 bercerita tentang penyair-penyair yang mempermain kata-kata dan tidak mempunyai pendirian. Surah ini bermula dengan – TA SIN MIM. Surah ini mengenai:
  • Kisah Nabi Musa dan Nabi Harun dan kemusnahan Firaun.
  • Kisah Nabi Ibrahim, Nabi Nuh.
  • Nabi Hud – kaum Aad yang mendiri istana yang tinggi untuk kemegahan dan menyeksa secara kejam dan bengis.
  • Nabi Soleh – kaum Thamud, kisah unta betina.
  • Nabi Luth – penduduk kota Sodom yang homoseksual.
  • Nabi Syu’aib – kaum Aikah yang tidak menyempurnakan timbangan dan membuat kerosakan dibumi.
  • Berulangkali nabi-nabi berkata kepada kaum mereka “Maka bertakwalah kepada Allah dan taatlah kepadaku.”
  • Ayat 80 – 82 doa sembuh sakit, dan ayat 83 - 85 doa Nabi Ibrahim
 
26. AN-NAML (Semut: 93 ayat diturun di Mekah)
Ayat 18 – 19 bercerita tentang semut. Surah ini bermula dengan – TA SIN. Surah ini mengenai:
  • Sifat orang beriman – solat, zakat dan meyakini hari akhirat.
  • Orang yang tidak beriman, dijadikan terasa indah perbuatan mereka yang buruk sehingga mereka bergelimpangan dalam kesesatan.
  • Kisah Nabi Musa, Nabi Soleh, Nabi Luth.
  • Kisah Nabi Sulaiman - Mewarisi ilmu dan kitab Zabur, mendengar semut berkata-kata,  burung hud-hud memberitahu mengenai negeri Saba, singgahsana Puteri Balqis dan kaum menyembah matahari.
  • Cerita mengenai Puteri Balqis beriman kepada Allah swt.
  • Kisah orang kafir pada hari kiamat.
  • Ayat 19 doa Nabi Sulaiman agar dianugerahkan ilham.
 
JUZ 20
 
27. AL-QASAA (Cerita-cerita: 88 ayat diturun di Mekah)
Surah ini bermula dengan – TA SIN MIM. Keseluruhan surah ini bercerita kisah nabi-nabi berikut:
  • Kisah Nabi Musa dan Firaun.
  • Kisah Nabi Syuiab yang menikah Nabi Musa dengan anaknya.
  • Kisah Nabi Musa dan Qarun.
  • Nabi Muhammad dan al-Quran.
  • Ketika Rasulullah meninggal Mekah lalu sesampainya di Juhfah, perasaan rindu Rasulullah pada Mekah semakin besar. Maka turunlah ayat yang menjelaskan bahawa Allah akan mengembalikan beliau ke Mekah.
 
28. AL-‘ANKABUT (Labah-labah: 69 ayat diturun di Mekah)
Ayat 41 tentang rumah labah-labah yang lemah. Surah ini bermula dengan – ALIF LAM MIIM. Surah ini mengenai:
  • Allah bersabda manusia akan diuji. Kehidupan dunia hanya senda gurau dan permainan. Negeri akhirat itulah kehidupan yang sebenar.
  • Nabi Nuh, Nabi Ibrahim, Nabi Luth, Nabi Syu’aib, Nabi Musa.
  • Ketetapan membaca al-Quran.
  • Berdebat dengan ahli kitab dengan cara yang baik.
  • Balasan baik kepada orang sabar dan tawakkal kepada Tuhan.
  • Allah melapangkan atau menyempitkan rezeki bagi orang yang Dia kehendaki.

 

 

Tuesday, July 23, 2013

JUZ 3 - 10

Below is the continuation of the summarized content of Juz 3 - 10.
 
JUZ 3
 
3.  AL-IMRAN (Keluarga Imran, 85 ayat diturun di Madinah)
Ayat 33 menyatakan Allah telah memilih Adam, Nuh, keluarga Ibrahim dan keluarga ‘Imran melebihi segala umat. Isteri ‘Imran bernazar anak dalam kandungan menjadi hamba yang soleh dan untuk berkhidmat di Baitul Muqaddis. Lahirlah anak perempuan dan dinamakan Maryam dan Allah menjadikan Zakaria pemeliharanya. Surah al-Baqarah lebih banyak pembahasan soal Yahudi (Bani Israil) sementara surah ini banyak mengenai kepercayaan agama Nasrani (Kristen). Surah ini mengenai:
  • Kesucian Maryam dan kelahiran Isa as.
  • Kisah Zakaria sabar berdoa untuk mendapat anak yang soleh dan akhirnya dikurnia anak yang soleh, Nabi Yahya.
  • Menyambung dan melengkapi surah al-Baqarah mengenai ciri orang taqwa, erti Jihad, peraturan perang, urusan haji.
  • Terdapat doa-doa dalam ayat 8, 16, 147, 193 dan 194. 

JUZ 4 dan  5
 
 4.     AL-NISAA (Wanita, 176 ayat diturun di Madinah)
Ayat 1 menyatakan Tuhan mencipta manusia dari diri yang satu (Adam) dan pasangannya (Hawa) dari dirinya (iaitu dari tulang rusuk Adam dan dari unsur yang serupa iaitu tanah).  Surah ini memberi berbagai hukum dan syariat menyusun dan mengatur masyarakat Islam :
  • Peraturan rumah tangga dan hukum perkahwinan – bertunang, nikah, kawin, talak, ruju’ iddah, pengasuhan anak, dan hubungan suami isteri.
  • Peraturan faraid dan waris, wasiat dan perlindungan anak yatim.
  • Peraturan perang dan damai, janji dan sumpah.
  • Peraturan makanan halal dan haram, alkohol dan berjudi.
  • Anjuran berniaga dan larangan atas riba, janji dan hutang.
  • Ibadat puasa, haji dan umrah.
  • Kewajipan terhadap Allah swt dan terhadap sesama manusia.
  • Berwuduk dan tayammum dan peraturan sembahyang dalam keadaan apa sekalipun.
  • Dasar pemerintahan - menyerahkan amanah kepada yang berhak, berlaku adil, dan jika berbeza pendapat maka kembali kepada al-Quran dan sunnah.
  • Perbandingan kepercayaan diantara Tauhid dan syirik, diantara Islam dengan Yahudi dan nasrani.

JUZ 6

5.    AL-MAA-IDAH (Hidangan, 120 ayat diturun di Madinah)
Ayat 1 – 5 tentang makanan halal dan haram. Dan ayat 113 – 114 mengenai doa Nabi Isa untuk diturunkan hidangan dari langit untuk kaumnya tanda kekuasan Allah swt. Surah ini mengenai:
  • Janji taat setia kepada Allah swt:
  • Haram memakan bangkai, darah, daging babi, daging haiwan yang disembelih atas nama selain Allah, binatang yang mati tercekik dan seumpamanya.
  • Larangan minum khamar, berjudi, korban, berhala dan menilik nasib.
  • Hukum berwuduk, mandi dan tayamum.
  • Kewajipan berlaku adil dan jujur.
  • Pengingkaran janji setia orang Yahudi dan Nasrani.
  • Keengganan Yahudi mentaati perintah Nabi Musa as.
  • Anjuran berwasiat dan persaksian.
  • Mukjizat Nabi Isa.

JUZ 7
 
6.      AL-AN’AAM (Binatang Ternak, 165 ayat diturun di Makkah)
Ayat 136 dan beberapa ayat disebut kebiasaan jahiliyah atas binatang ternak. Surah ini mengurai Tauhid lebih terperinci. Diturun sekaligus dalam satu malam oleh Jibrail diiringi 70,000 malaikat dan malam itu gemuruh suara tasbih dan tahmid malaikat memuja Allah Taala. Surah dimulai dengan ALHAMDULILLAH (segala puji bagi Allah). Surah ini mengenai:
  • Bukti Kekuasaan dan Kebesaran Allah swt.
  • Kisah Nabi Ibrahim mencari hakikat Allah yang sejati.
  • Segala macam segi kehidupan dengan akal, rasa, fikiran dan tanggapan.
  • Ahlulkitab mengenal Nabi sebagaimana mereka mengenal anak mereka sendiri dan telah tahu memang Al-Quran itu diturun kepada Rasul saw.
  • Darjat seseorang manusia seimbang dengan amalnya.
  • Apa yang diharamkan dan dikenakan atas manusia:
    • Jangan sekutu Allah, membunuh, dekati perbuatan keji, belanja harta anak yatim.
    • Berbuat baik terhadap kedua orang ibubapa, adil dalam perbuatan dan sukatan, dan tunaikan janji Allah.
  • Siapa berniat kebaikan tapi tidak jadi, dicatat satu kebaikan. Dan jika dikerjakan ditulis 10x ganda pahala. Siapa berniat kejahatan tapi tidak melakunya maka dicatat satu kebaikan. Dan jika dilakukan dicatat dengan satu kejahatan seimbang dengan kejahatannya.
  • Allah tidak membebankan seseorang melainkan sekadar kesanggupannya.
  • Doa dalam ayat 162 berserah dan bertawakal kepada Allah swt.
 
JUZ 8

7.     AL-A’RAAF (Benteng tinggi: 206.ayat diturun di Makkah
Ayat 46 – 48 tentang benteng tinggi. Terdapat segolongan hamba Allah duduk di puncak benteng yang dapat bercakap dengan penduduk Neraka dan Syurga. Surah ini  bermula dengan ALIF LAM MIM SAD. Surah ini keutamaannya mengurai hal akidah iaitu mengenai:
  • Asal kejadian manusia, dan bumi dijadi tempat manusia dan diberi jaminan kehidupan.
  • Adam dicipta dan diberi bentuk, lalu Malaikat disuruh sujud, keingkaran iblis, permusuhan turun-temurun diantara manusia dan iblis, diusir dari taman firdaus kerena terlanjur makan buah terlarang dan Allah menunjuk kasihnya dengan dibuka pintu taubat dan ditunjuk kepada manusia hala yang harus ditempuh agar kembali ka syurga.
  • Kedatangan manusia ka dunia bukan siksaan tapi ujian atas kesanggupan memikul tugas menjadi khalifah Allah. Setiap zaman diutus rasul membimbing manusia ka jalan benar.
  • Jangan berlebihan dalam makan dan minum – 1/3 makanan, 1/3 minuman, 1/3 pernafasan.
  • Orang kuat bukan yang menang berlawan tetapi yang dapat menguasai dirinya ketika marah.
  • Penghuni neraka ialah mereka yang mendustakan Allah dan menyombong diri.
  • Perjuangan nabi-nabi:
    • Nabi Nuh dan bahteranya
    • Nabi Hud dan kaum ‘Aad
    • Nabi Solih dan kaum Tsamud
    • Nabi Luth dan kaum Sadum
    • Nabi Syuaib diutus kepada negeri Madyan
    • Nabi Musa menentang kezaliman firaun dan membimbing Bani israil.
  • Ayat 118 – 121 ayat penangkal sihir (rujuk juga 11:81 dan 20:69):

JUZ 9
 
8.      AL-ANFAAL (Harta rampasan: 75 ayat diturun di Madinah)
Ayat 1 tentang harta rampasan dalam peperangan. Mempunyai 75 ayat tetapi dikatakan ketujuh ayat terpanjang disebabkan surah selepasnya Al-Taubah satu-satunya surah al-Quran yang tidak dimulai dengan “Bismillah”. Maka kedua surah ini seolah-olah satu surah. Surah ini mengenai:
  • Sifat orang mukmin - menunai solat, berzakat, apabila disebut nama Allah gementar hati mereka, apabila dibaca ayatNya bertambah iman, dan kepada Tuhan mereka bertawakal.
  • Pengajaran bahawa disamping berperang, beribadat kepada Allah tidak boleh ditinggal.
  • Dalam menghadapi musuh selalu waspada, jangan lalai dalam menyedia perlengkapan perang, jangan lari dari medan perang kecuali lari dalam siasat untuk menjebak musuh.
  • Sikap terhadap musuh, sikap setelah mencapai kemenangan.
  • Islam izin perang bagi orang yang teraniaya, berjihad dengan hartabenda dan tenaga, jasmani dan rohani dengan maksud mengembali kedaulatan Allah. Islam berperang membanteras kemusyrikan.

JUZ 10
 
9.      AL-TAUBAH (Pengampunan: 129 ayat diturun di Madinah)
Surah ini tidak dimulai dengan Bismillah. Surah ini mengenai taubat iaitu permohonan ampun kepada Tuhan dan bertaubat dari kesalahan.
  • Bertaubatlah lalu mendiri sembahyang dan mengeluar zakat.
  • Allah menerima taubat dari hambaNya dan apa jua sedekah.
  • Orang yang beroleh kemenangan ialah orang yang bertaubat, beribadat, memuji Allah, mengembara menambah pengalaman, ruku’ dan sujud, suka amar ma’rul nahi munkar, dan menjaga batas Allah.
  • Larangan Allah kepada Nabi yang memohon ampun untuk Abu Talib.
  • Pengumuman perang terhadap orang musyrikin.
  • Sebahagain besar orang alim Yahudi dan pendeta Nasrani memakan harta orang dengan jalan yang batil, dan menghalang manusia dari jalan Allah.
  • Bulan haram berperang ialah Zulkaedah, Zulhijjah, Muharam dan Rejab.
  • Perintah untuk berjihad dengan harta dan diri di jalan Allah.
  • Keharusan penguasa memungut zakat agar membersih dan menyucikan harta.
  • Doa dalam ayat 129 agar berserah dan bertawakkal kepada Allah.