Friday, August 2, 2013

JUZ 21 - 30

This is the last segment of the summary of the Al-Quran Juz 21 - 30. Interestingly 50% of the surah is in the last Juz of 28, 29 and 30. I do hope this summary is beneficial to all of you as it had been to me. If you wish to have a soft copy of the summary do request me through my email. You can add or omit as you wish and it becomes your personal copy. It gives me great pleasure to know that you refer to it and makes you want to read the full text of the terjemahan. Better still if it instils in you to know the historical story behind each surah and the relevant hadith.

Do take advantage of these last 10 days of Ramadhan in search of Lailatul Qadar.


JUZ 21
 
30.  AR-RUM (Bangsa Romawi: 60 ayat diturun di Mekah)
Ayat 1 – 5 tentang nasib bangsa rom di konstantinopel yang kalah. Ketika peperangan Badar  terjadi perang besar antara dua kuasa besar Romawi yang menganuti Ahli Kitab dan Persia yang musyrik beragama Majusi. Tersebar berita Romawi mengalah Persia. Surah ini mengenai:
·         Hal hari kiamat.
·         Tanda kebesaran Tuhan – mencipta manusia bahasa dan warna kulit yang berbeza berpasangan dari jenis sendiri agar cenderung tenteram kepadanya, mempunyai rasa kasih sayang, kilat untuk menimbul ketakutan, hujan dari langit menghidupkan bumi, berdirinya langit dan bumi  dengan kehendakNya, dengan sekali panggil dariNya, manusia keluar dari kubur.
 
 
31.  LUQMAN (Luqman: 34 ayat diturun di Mekah)
Ayat 12 - 19 bercerita tentang kebijaksaan Luqman. Surah ini bermula dengan – ALIF LAM MIM. Surah ini mengenai:
·         Kecaman keatas Quraish yang menghalang orang mengikut Rasulullah.
·         Hendaklah bersyukur dengan nikmat Allah.
·         Nasihat Luqman kepada anaknya - Jangan sekutu Allah, perbuatan seberat biji sawi Allah akan memberi balasan, solat, buat yang makruf dan cegah yang mungkar dan sabar atas apa yang menimpa, jangan sombong dan berjalan dengan angkuh, sederhana dalam berjalan dan rendah suara.
·         Berbuat baik kepada kedua orang tua.
·         Kisah hari kiamat.
 
 
32.   AS-SAJDAH (Sujud: 30 ayat diturun di Mekah)
Ayat 15 memberi peringatan untuk bersyukur sujud dan bertasbih memuji Tuhan dan tidak menyombong diri. Surah ini bermula dengan – ALIF LAM MIM. Surah ini mengenai:
·         Allah mencipta langit dan bumi dan di antara keduanya dalam enam hari, kemudian Dia bersemayam di atas Arasy.
·         Malaikat maut ditugas mencabut nyawa dan manusia kembali kepadaNya.
·         Neraka dipenuhi dengan Jinn dan manusia.
·         Taurat diberi kepada Nabi Musa dan al-Quran kepada Nabi Muhammad.
·         Tunggu kemenangan atas orang kafir dan kehancuran mereka.
 
 
33.  AL-AHZAB (Golongan yang bersekutu: 73 ayat diturun di Madinah)
Ayat 12 – 26 tentang orang munafik yang lari dari berperang.  Surah ini mengenai:
·         Bertasbih dan tawakal kepada Allah dan berselawat kepada Nabi.
·         Allah swt melarang suami menzihar isteri sebagai ibu.
·         Tidak menjadi anak angkat sebagai anak kandung sendiri dan memakai nama bapa mereka.
·         Allah memberi pertolongan kepada pasukan Islam semasa perang Ahzab dengan mengirim angin kencang yang membawa batu kerikil.
·         Perintah kepada isteri – jika diceraikan hendaklah diberi mut’ah, jika melaku perbuatan keji azabnya dua kali ganda, jika mengerja kebajikan diberi pahala dua kali ganda dan rezeki mulia, jangan melemah lembut suara dalam berbicara sehingga bangkit nafsu orang lain, hendaklah tetap dirumah, jangan berhias dan bertingkah laku seperti jahiliyah, solat, zakat, dan taat Allah dan Rasul.
·         Perintah kepada suami - mempertahan isteri dan bertakwa kepada Allah dan menggauli isteri sebagaimana yang engkau kehendaki.
·         Orang muslim yang taat, sabar, khusyuk, sedekah, puasa, pelihara kehormatan dan banyak menyebut nama Allah diberi keampunan.
·         Perintah untuk perempuan menutup jibabnya keseluruh tubuh.
 

JUZ 22
 
34.  SABA’ (Kaum Saba’: 54 ayat diturun di Mekah)
Ayat 15 – 22 tentang kaum Saba’ yang menzalimi diri sendiri dan dihancurkan. Surah ini mengenai:
·         Orang kafir tidak mempercayai hari akhirat.
·         Kisah Nabi Daud, Nabi Sulaiman, Nabi Ibrahim.
·         Tuhan melapang dan membatas rezeki kepada siapa yang dikehendakiNya. Dan apa saja yang diinfakkan, Allah akan menggantinya.
·         Kisah orang kafir yang mendustakan Allah.
 
 
35.  FAATIR (Pencipta: 35 ayat diturun di Mekah)
Ayat 1 -3 memberi segala pujian kepada Allah Pencipta langit, bumi, manusia dan segala alam semesta ini. Surah ini mengenai
·         Ciptaan alam dan manusia – Angin, awan dan hujan yang menghidupkan bumi, manusia berpasangan, dua lautan yang tawar dan yang masin yang darinya makanan, perhiasan dan kapal-kapal berlayar, malam dan siang, matahari dan bulan masing-masing beredar menurut waktu yang ditentukan.
·         Tauhid, kenabian dan kebangkitan sesudah mati.
·         Orang yang membaca Quran, bersolat, menginfak rezeki dalam diam atau terangan, dan mengharap perdagangan yang tidak rugi, Allah menyempurnakan.
·         Al-Quran membenarkan kitab-kitab yang sebelumnya.
·         Sifat orang kafir quraisy sombong dan tidak menepati janji.
 
 
36.  YASIN (Yasin: 83 ayat diturun di Mekah)
Rasulullah saw bersabda “Bacalah surah Yasin kepada orang yang meninggal diantara kalian”. Surah ini mengenai:
·         Allah menghidup yang mati, dan mencatat apa yang telah mereka kerjakan dan bekas yang mereka tinggalkan dalam Kitab Lauh Mahfoz.
·         Kisah utusan dihantar kepada penduduk Antakiah. Mereka tidak percaya dan datanglah dari hujung kota seorang lelaki mengajak mereka ikuti utusan itu.
·         Tanda Kebesaran Allah swt dan keadaan hari kiamat.
·         7 golongan yang bakal dinaungi oleh Allah pada hari tiada naungan - pemimpin yang adil, pemuda yang selalu beribadah, melakukan solat jamaah, berkumpul dan berpisah kerana Allah, diajak perempuan berzina tapi menolak kerana takut Allah, bersedekah secara sembunyi, berzikir mengingat Allah sehingga menetiskan airmata.
·         Ayat 58 diulangi sebanyak 7 kali untuk 7 niat baik iaitu ampunkan dosa, pasangan dan anak soleh, rezeki yang berkat, berjaya didunia dan akhirat, makbulkan hajat, jauhkan sifat khianat, keimanan dan keredhaan. 

JUZ 23
 
37.  AS-SAFFAT (Yang bersaf-saf: 182 ayat diturun di Mekah)
Ayat 1 bercerita bagaimana para malaikat yang bersih jiwanya berbaris di hadapan Tuhan dan mereka tidak dapat digoda oleh syaitan. Surah ini mengenai:
·         Tuhan bersumpah demi rombongan malaikat yang berbaris, yang mencegah kejahatan, dan yang membaca peringatan.
·         Syaitan yang mencuri mendengar pembicaraan dikejar oleh bintang yang menyala.
·         Kisah orang kafir yang memperolok Kebesaran Allah swt.
·         Keadaan syurga dan neraka Jahanam.
·         Kisah Nabi Ibrahim, Nabi Ismail, Nabi Ishak, Nabi Nuh, Nabi Musa dan Nabi Harun, Nabi Ilyas, Nabi Luth dan Nabi Yunus.
·         Rasulullah bersabda “Setiap mayat (saat yang akan dimakamkan) diikuti oleh tiga hal: keluarga, harta,dan amalnya. Dua yang pertama kembali pulang dan yang satu setia mengikut.”
·         Rasulullah bersabda “Kalian baca tasbih (Subhaanallah), takbir (Allahu Akbar) dan tahmid (Alhamdulillah) setiap selesai solat sebanyak 33 kali.
 
 
38.  SAD (88 ayat diturun di Mekah)
Ayat 1 dimula dengan perkataan SAD. Surah ini mengenai:
·         Orang kafir berada dalam kesombongan dan permusuhan padahal ramai sebelum mereka yang telah dibinasakan kerana mendusta Allah swt.
·         Kisah Nabi Nuh, Nabi Daud, Nabi Sulaiman, Nabi Ayub, Nabi Ismail, Nabi Ilyas, Nabi Zulkifli.
·         Iblis enggan sujud kepada ciptaan Allah dan berkata dia lebih baik kerana dicipta dari api dan Adam dari tanah. Tuhan mengutuk iblis dan menghalau iblis keluar dari syurga. Iblis bersumpah akan menyesatkan semua.
·         Neraka  Dipenuhi dengan iblis dan orang yang mengikuti iblis.
·         Al-Quran tidak lain hanyalah peringatan bagi seluruh alam.
 
 
39.  AZ-ZUMAR (Rombongan-rombongan: 75 ayat diturun di Mekah)
Ayat 71 - 73 menerangkan bagaimana orang kafir masuk neraka dengan berkelompok-kelompok, dan orang mukmin masuk syurga juga berkelompok-kelompok. Surah ini mengenai:
·         Pohon pertolongan dari Allah swt dan peringatan agar manusia jangan berputus asa daripada rahmat Allah
·         Beribadah pada waktu malam kerana takut azab akhirat dan mengharap rahmat Tuhan.
·         Perintah agar bertakwa dan bersabar.
·         Perihal syurga – kamar bertingkat-tingkat.
·         Allah swt menurun al-Quran yang serupa ayat-ayatnya lagi berulang-ulang. Iaitu hukum-hukum, pengajaran dan kisah-kisah itu diulang-ulang dalam al-Quran supaya lebih kuat pengaruhnya dan lebih meresap.
·         Quran dalam bahasa Arab agar tidak ada yang terpesong.
·         Ketetapan bahawa Nabi Muhammad akan juga mati.
·         Perihal hari kiamat, Padang Mahsyar, neraka dan syurga.
·         Doa ayat 38 mengenai bertawakal dan berserah diri. 

JUZ 24
 
40.  GHAFIR (Yang Maha Pengampun: 85 ayat diturun di Mekah)
Ayat 1 – 3 kenyataan Allah yang Maha Perkasa, Maha Mengetahui, yang mengampun dosa dan menerima taubat dan keras hukumanNya yang memiliki kurnia. Surah dimula dengan HA MIM. Surah ini mengenai:
·         Malaikat bertasbih serta memohon kepada Allah swt keampunan bagi orang yang bertaubat.
·         Kisah Nabi Nuh, Nabi Musa,
·         3 tanda orang munafik – jika berbicara berdusta, jika berjanji ingkar, jika percaya berkhianat.
·         Hari kiamat pasti akan datang, tiada keraguannya.
·         Perintah agar sentiasa berdoa dan jangan sombong.
·         Kebesaran Allah swt dan Dia menghidupkan dan mematikan. Maka apabila Dia hendak menetapkan sesuatu urusan Dia hanya berkata “Jadilah!” maka jadilah sesuatu itu.
 
 
41.  FUSSILAT (Yang dijelaskan: 54 ayat diturun di Mekah)
Ayat 1 – 3 bercerita turunnya al-Quran yang menjelaskan satu persatu dalam bahasa Arab untuk kaum yang mengetahui. Surah dimula dengan HA MIM. Surah ini mengenai:
·         Rasulullah adalah seorang manusia biasa, berperawakan sedang, berpundak lebar dan berambut lebat sampai ke daun telinga, dan suka mengenakan pakaian warna merah.
·         Penciptaan langit, alam dan bumi – mencipta gunung-ganang dan tentukan makanan bagi penghuninya dalam empat masa, mencipta tujuh langit dalam dua masa dan pada setiap langit Dia mewahyukan urusan masing-masing. Langit yang terdekat bumi dihiasi bintang-bintang.
·         Kisah kaum ‘Aad, kaum Thamud yang dibinasakan.
·         Hari kiamat, pendengaran, penglihatan dan kulit menjadi saksi.
·         Sifat dan balasan orang kafir dan orang beriman.
·         Quran sebagai petunjuk dan penyembuh orang beriman. 

JUZ 25
 
42.  ASY-SYURA (Musyawarah: 53 ayat diturun di Mekah)
Ayat 38 tentang orang yang bermusyawarah dalam urusan mereka. Surah dimula dengan HA MIM, ‘AIN SIN QAF. Surah ini mengenai:
·         Sekiranya Allah mengkehendaki, Dia jadikan manusia satu umat, tetapi Dia masukkan orang yang diberi rahmat dan juga orang yang zalim.
·         Kebesaran Allah swt – Pencipta langit dan bumi, menjadikan pasangan daripada jenis sendiri dan berkembang biak, melapangkan dan membatasi rezeki, dan mensyariatkan agama kepada Nabi Nuh, Ibrahim, Musa, Isa dan diwahyukan kepada Nabi Muhammad saw.
·         Ahli Kitab berpecah belah kerana dengki sesama mereka.
·         Quran membawa kebenaran memberi keterangan menjadi neraca.
·         Allah Maha Lembut terhadap hamba-hambaNya dan memberi rezeki kepada siapa yang Dia kehendaki.
·         Musibah  yang menimpa adalah kerana perbuatan sendiri.
·         Balasan kejahatan adalah kejahatan yang setimpal. Tidak salah orang yang membela diri setelah dizalimi. Tetapi siapa yang bersabar dan memaafkan adalah perbuatan yang mulia dan pahala dari Allah swt.
 
 
43.  AZ-ZUKHRUF (Perhiasan: 89 ayat diturun di Mekah)
Ayat 18 tentang anak perempuan yang dibesarkan sebagai perhiasan sebelum turunnya al-Quran. Surah dimula dengan HA MIM. Surah ini mengenai:
·         Al-Quran Kitab yang penuh hikmah.
·         Di zaman jahiliyah, kelahiran anak perempuan disambut dengan perasaan malu dan marah dan dibesar tanpa pendidikan dan kurang kecerdasan untuk bersikap tegas.
·         Nabi Muhammad diutus membawa ugama yang lebih baik.
·         Siapa tidak mengendah pengajaran Allah, dibiarkan syaitan menyesatnya dan menjadi teman karibnya.
·         Kisah Nabi Ibrahim, Nabi Musa, Nabi Isa.
 
 
44.  AD-DUKHAN (Kabut: 69 ayat diturun di Mekah)
Surah dimula dengan HA MIM. Surah ini mengenai:
·         Al-Quran mula diturun pada malam diberkati 17 Ramadhan.
·         Allah selamatkan bani israel dari seksaan firaun dan memilih mereka berdasar ilmu (Kami) diatas semua bangsa.
·         Keadaan dalam neraka – makanan dari pohon zaqqum seperti cairan tembaga mendidih dalam perut, diheret ketengah neraka dan dituang atas kepala air yang sangat panas.
·         Keadaan dalam syurga – taman dan mata air, memakai sutera halus dan tebal, diberi pasangan bidadari bermata indah, segala macam buah, tidak merasa mati.
·         Kisah Nabi Musa.
 
 
45.  AL-JATHIYAH (Yang berlutut: 37 ayat diturun di Mekah)
Ayat 27 tentang hari kiamat dimana setiap umat berlutut dan dipanggil untuk melihat buku catatan amalnya. Surah dimula dengan HA MIM. Surah ini mengenai:
·         Allah swt mencela pendusta yang banyak dosa.
·         Bani israel diberi Kitab Taurat, kekuasaan, kenabian, rezeki, keterangan jelas mengenai urusan agama dan Allah swt lebihkan mereka atas bangsa-bangsa lain pada masa itu.
·         Kemudian Allah utuskan Nabi Muhammad mengikut syariat-syariat daripada agama itu.
·         Al-Quran pedoman bagi manusia, petunjuk dan rahmat bagi kaum yang meyakini.
·         Orang yang menjadikan hawa nafsu sebagai tuhannya, Allah biarkannya sesat.
·         Kisah hari kiamat. 

JUZ 26
 
46.  AL-AHQAF (Bukit-bukit pasir: 35 ayat diturun di Mekah)
Ayat 21 bercerita kisah Nabi Hud mengingat kaum ‘Aad tentang bukit pasir. Surah dimula dengan HA MIM. Surah ini mengenai:
·         Al-Quran sebagai petunjuk.
·         Seorang dari bani israel, telah mengaku isi al-Quran ada yang sesuai dengan Taurat seperti ketahauhidan, janji dan ancaman, kerasulan Nabi Muhammad dan adanya kehidupan akhirat. Tetapi bani israel tetap sombong dan dengki.
·         Perintah berbuat baik kepada kedua orang tua terutama ibu.
·         Kisah Nabi Hud dan kaum ‘Aad.
·         Ayat 15 doa kepada ibu bapa:
 
 
47.  MUHAMMAD (38 ayat diturun di Madinah)
Surah ini berkisar kisah Nabi Muhammad saw. Surah ini mengenai:
·         Balasan orang yang sabar dan beriman.
·         Pentingnya menyambung ikatan silaturrahim.
·         Menginfak harta ka jalan Allah.
 
 
48.  AL-FATH (Kemenangan: 29 ayat diturun di Madinah)
Ayat 1 tentang kemenangan yang nyata. Ada ahli tafsir mengata kemenangan penaklukan Mekah, atau penaklukan negeri Romawi atau Perdamaian Hudaibiyah. Surah ini mengenai:
·         Nabi Muhammad diutus sebagai saksi, pembawa berita gembira dan pemberi peringatan agar beriman kepada Allah dan RasulNya, menguatkan agamaNya, membesarkanNya dan bertasbih kepadaNya pagi dan petang.
·         Perihal orang Badwi yang tidak turut keHudaibiyah, bermain kata, dan bersangka buruk.
·         Al-Quran kitab penuh hikmah dalam bahawa Arab.
·         Kisah penaklukan Mekah.
·         Nabi bersikap keras terhadap orang kafir tetapi berkasih sayang terahadap sesama mereka.
 
 
49.  AL-HUJURAT (Kamar-kamar: 18 ayat diturun di Madinah)
Ayat 4 bercerita tentang orang yang memanggil Rasulullah saw dengan keras dari luar kamar Nabi. Surah ini mengenai:
·         Perintah jangan meninggi suara dan berkeras kepada Nabi.
·         Jika orang fasik datang membawa berita, telitilah kebenaran.
·         Apabila dua golongan mukmin berperang maka damaikanlah antara keduanya.
·         Larangan mencemuh orang, kemungkinan yang dicemuh lebih baik dari yang mencemuh, memanggil gelaran yang buruk, prasangka dan mencari kesalahan orang lain, dan mengumpat.
 
 
50.  QAF (45 ayat diturun di Mekah)
Ayat 1 ialah QAF demi al-Quran yang dimulia. Surah ini mengenai:
·         Orang kafir tidak percaya hari kiamat dan tidak ambil iktibar dari kisah balasan yang menimpa orang terdahulu yang tidak beriman – kisah kaum Nuh penduduk Rass dan Thamud, kaum Aad, Firaun dan kaum Luth, penduduk Aikah dan kaum Tubba.
·         Catatan malaikat pengawas, tiupan sangkakala.
·         Syaitan berkata “Ya Tuhan kami, aku tidak menyesatkannya tetapi dia sendiri yang berada dalam kesesatan yang jauh”.
·         Balasan orang kafir dan orang beriman.
 
 
51. AZ-ZAARIYAT (Angin yang menerbangkan: 51 ayat diturun di Mekah)
Ayat 1 Tuhan bersumpah demi angin yang menerbangkan debu. Surah ini mengenai:
·         Hari pembalasan.
·         Kisah Nabi Ibrahim, Nabi Luth, Nabi Musa, Nabi Nuh.
·         Allah berfirman “Aku tidak mencipta jin dan manusia melainkan agar mereka beribadah kepadaKu”.
 

JUZ 27
 
52.  AT-TUR (Gunung: 59 ayat diturun di Mekah)
Ayat 1 Tuhan bersumpah demi gunung. Surah ini mengenai hari pembalasan. Ayat 48 – 49 Allah swt perintah agar Nabi saw bersabar menunggu ketetapanNya dan senantiasa bertasbih.
 
 
53.  AN-NAJM (Bintang: 62 ayat diturun di Mekah)
Ayat 1 Tuhan bersumpah demi bintang ketika terbenam. Surah ini mengenai kekuasaan Allah swt. Inilah surah yang pertama kali turun yang terkandung di dalamnya ayat sajadah.
 
 
54.  AL-QAMAR (Bulan: 55 ayat diturun di Mekah)
Ayat 1 mengenai saat waktunya semakin dekat, bulan pun terbelah. Saat disini ialah terjadinya hari kiamat atau saat kehancuran kaum musyrikin dan terbelah bulan ialah suatu mukjizat Nabi saw. Surah ini juga terdapat kisah Nabi Nuh, Nabi Soleh, Nabi Luth.
 
55.  AR-RAHMAN (Yang Maha Pemurah: 78 ayat diturun di Madinah)
Ayat 1 menyata Allah yang Maha Pengasih. Surah ini mengenai kekuasaan Allah swt dan berbagai nikmat yang di beri kepada manusia. Dan setiap nikmat ditanya “Maka nikmat Tuhanmu yang manakah yang kamu dustakan?”
 
 
56.  AL-WAQIAH (Hari Kiamat: 96 ayat diturun di Mekah)
Surah ini mengenai hari kiamat, perihal neraka dan syurga.
 
 
57.  AL-HADID (Besi: 29 ayat diturun di Madinah)
Keutamaan surah ini kerana semasa hendak tidur, Rasulullah membaca al-Musabbihat (surah yang diawali dengan tasbih) dan bersabda “Didalamnya terdapat ayat yang lebih utama daripada seribu ayat iaitu firmanNya ‘Huwal awwalu wal akhiru’.” Terdapat juga kisah Nabi Ibrahim dan Nabi Isa.

JUZ 28
 
58.  AL-MUJADALAH (Wanita yang bersoal jawab: 58 ayat diturun di Madinah)
Ayat 1 bercerita persoalan Khaulah Sa’labah yang dizihar oleh suaminya (menyama isteri dengan ibu) dan beliau mengadu kepada Nabi. Surah ini mengenai:
·         Kisah orang yang berbisik-bisik untuk melakukan dosa, permusuhan dan derhaka kepada Rasul.
·         Apabila dikata kepadamu “Berilah kelapangan dimajlis” maka lapangkanlah nescaya Allah akan meberi kelapangan untukmu.
·         Apabila dikata kepadamu “Berdirilah kamu” maka berdirilah nescaya Allah akan mengangkat darjat kamu.
 
 
59.  AL-HASYR (Pengusiran: 24 ayat diturun di Madinah)
Ayat 2 tentang pengusiran orang Yahudi Bani Nadhir dari kota Madinah. Surah ini mengenai:
·         Fai’ iaitu harta rampasan diperoleh dari musuh tanpa pertempuran dan diberi kepada Rasul, kerabat Rasul, anak yatim, orang miskin, orang dalam perjalanan, orang fakir yang berhijrah, orang Ansar.
·         Sifat orang beriman Ansar yang tidak bakhil, mencintai dan mengutama orang Muhajirin yang berhijrah ketempat mereka, tidak keinginan atas apa diberi kepada Muhajirin meskipun mereka memerlukan
·         Rasul saw bersabda “Siapa yang membaca tiga ayat terakhir surah Hasyr pada pagi sebanyak 3 kali, Allah akan mengutus 70,000 malaikat kepadanya. Malaikat itu memohon ampun baginya hingga petang hari. Jika dia meninggal pada hari itu, dia wafat sebagai syahid. Siapa yang membacanya pada petang hari, dia akan memperolehi balasan yang sama.”
 
 
60.  AL-MUMTAHANAH (Perempuan yang diuji: 13 ayat diturun di Madinah)
Ayat 10 tentang perempuan mukmin yang berhijrah diuji keimanan. Surah ini mengenai:
·         Hikmah persaudaraan dan kecintaan diantara orang muslim dan orang yang pernah dimusuhi.
·         Jangan jadi orang yang dimurkai Allah sebagai penolong.
 
 
61.  AS-SAFF (Barisan: 14 ayat diturun di Madinah)
Ayat 4 menyatakan Allah mencintai orang yang berperang dijalanNya dalam barisan yang teratur. Surah ini mengenai:
·         Berjihad ka jalan Allah dengan harta dan jiwa.
·         Kisah Nabi Isa yang memberi khabar berita kedatangan seorang Rasul yang akan datang setelahnya yang namanya Ahmad.
 
 
62.  AL-JUMU’AH (Hari Jumaat: 11 ayat diturun di Madinah)
Ayat 9 tentang seruan melaksanakan segera solat pada hari Jumaat untuk mengingati Allah dan tinggalkan berjual beli. Surah ini mengenai:
·         Allah swt mengumpama orang yang tidak membenar kedatangan Nabi Muhammad saw seperti keldai.
·         Apabila solat Jumaat selesai maka bertebaranlah di mukabumi mencari kurnian Allah dan ingatlah Allah banyak-banyak agar kamu beruntung.
 
 
63.  AL-MUNAFIQIN (Orang Munafik: 11 ayat diturun di Madinah)
Ayat 1 tentang orang munafik yang mengaku Nabi Muhammad saw adalah Rasul Allah tetapi ianya dusta. Surah ini mengenai amaran Allah swt mengenai orang munafik yang sifat keji meskipun tubuh mereka kuat dan pandai berbicara.
 
 
64.  AT-TAGHABUN (Hari diperlihatkan segala kesalahan: 18 ayat diturun di Madinah)
Ayat 9 tentang hari perhimpunan, diperlihat kesilapan setiap manusia dan siapa beriman nescaya Allah swt menghapus kesalahan dan dimasuk dalam syurga. Surah ini mengenai:
·         Tidak ada musibah yang menimpa kecuali dengan izin Allah.
·         Harta dan anak hanyalah dugaan bagimu.
·         Bertakwalah kepada Allah menurut kesanggupanmu dan dengarlah serta taatlah, dan infakkkan harta yang bermanafaat bagi dunia dan akhirat.
 
 
65.  AT-TALAQ (Talak: 12 ayat diturun di Madinah)
Ayat 1 Allah memberitahu Rasul apabila mencerai isteri hendaklah ditalak pada waktu suci dan idahnya. Surah ini mengenai:
·         Idah, rujuk dan saksi.
·         Setelah bercerai agar disediakan tempat tinggal menurut kemampuan, nafkah, jangan menyusahkan mereka, menyempitkan hati mereka, dan musyawarah dengan baik.
·         Allah memberi rezeki dari arah yang tidak disangka.
 
 
66.  AL-TAHRIM (Mengharamkan: 12 ayat diturun di Madinah)
Ayat 1 tentang teguran Allah swt kepada Nabi kerana mengharam apa yang dihalal iaitu mengharam atas dirinya minum madu untuk menyenang hati isteri-isterinya. Surah ini mengenai:
·         Peristiwa Nabi dengan Habsah dan Aisyah.
·         Taubat nasuha.
·         Perumpamaan perempuan kafir - isteri Nabi Nuh dan isteri Luth.
·         Perumpamaan perempuan beriman - isteri firaun dan Maryam.
 

 

JUZ 29
 
67.  AL-MULK (Kerajaan: 30 ayat diturun di Mekah)
Ayat 1 penyataan Allah yang menguasai segala kerajaan dunia dan akhirat dan Maha kuasa atas segala sesuatu. Surah ini mengenai:
·         Orang yang takut melanggar hukum Tuhan semasa tidak dilihat orang, beroleh keampunan dan pahala yang besar.
·         Tuhan menjadikan bumi untuk manusia menjelajahi di segala penjuru dan makan sebagian daripada rezekiNya dan hanya kepadaNya dikembalikan.
·         Kebesaran Allah swt dan perihat hari kiamat.
·         Rasulullah saw bersabda “Ada satu surah yang terdiri dari 30 ayat. Ayat ini kelak akan menjadi syafaat bagi pembacanya sehingga dosa-dosanya akan diampuni allah, yakni surah al-Mulk.
 
 
68.  AL-QALAM (Pena: 52 ayat diturun di Mekah)
Ayat 1 Tuhan bersumpah demi pena dan apa yang mereka tuliskan. Surah ini mengenai:
·         Allah swt memuji sifat dan budi pekerti Nabi saw.
·         Sifat yang dikeji – suka bersumpah dan menghina, suka mencela menyebar fitnah, menghalang segala yang baik, melampaui batas dan banyak dosa, bertabiat kasar, terkenal dengan kejahatan.
·         Allah swt menguji penduduk Mekah dengan anugerah nikmat yang banyak tetapi mendustaNya dan RasulNya. Kemudiannya mereka insaf dan masuk Islam beramai-ramai setelah penaklukan Mekah.
·         Nabi saw diberi iktibar nasib Nabi Yunus yang berdoa dengan hati yang sedih, lalu Tuhan memilihnya dan menjadikannya orang yang soleh.
 
 
69.  AL-HAQQAH (Hari Kiamat: 52 ayat diturun di Mekah)
Ayat 1 tentang Hari Kiamat. Surah ini mengenai:
·         Kisah kaum ‘Aad dan Thamud dibinasa selama tujuh malam lapan hari tanpa meninggal sebarang keturunan, kemusnahan firaun dan kaum Nabi Nuh.
·         Apabila sangkakala ditiup sekali maka hari itu terjadilah hari kiamat - Bumi dan gunung dihancur dan terbelah langit, para malaikat berada dipelbagai penjuru langit, manusia dihadap kepada Tuhan dan ada diberi kitab amalannya ditangan kanan dan ka syurga, yang diberi kitabnya ditangan kiri dan dibelenggu tangan keleher dan di masuk ka neraka.
·         Al-Quran wahyu diturun dari Tuhan seluruh alam. Bertasbihlan menyebut nama Tuhan yang Maha Agung.
 
 
70.  AL-MA’ARIJ (Tempat-tempat naik: 44 ayat diturun di Mekah)
Ayat 3 – 4 menyata Allah memiliki tempat-tempat naik dimana jika para malaikat dan Jibrail mengadap Allah swt memakan waktu sehari dan jika dilakukan manusia memakan waktu 50,000 tahun. Surah ini mengenai:
·         Keadaan hari kiamat
·         Manusia diciptakan bersifat suka mengeluh, apabila ditimpa kesusahan dia berkeluh-kesah dan apabila mendapat kebaikan (harta) dia menjadi kikir, kecuali orang yang solat, menginfak hartanya, percayai hari pembalasan, takut azab Tuhan, memelihara kemaluan dan tidak mencari diluar, memelihara amanah dan janji, dan berpegang teguh pada kesaksian
 
 
71.  NUH (28 ayat diturun di Mekah)
Ayat 1 Tuhan mengutus Nabi Nuh untuk memberi peringatan kepada kaumnya. Surah ini mengenai Nabi Nuh berdakwah tetapi kaumnya tetap mendusta Allah swt dan masih menyembah berhala. Ayat 28 doa Nabi Nuh meminta ampun dan memohon kehancuran orang yang zalim.
 
 
72.  AL-JIN (Jin: 28 ayat diturun di Mekah)
Ayat 1 tentang sekumpulan jin yang mendengar al-Quran yang dibaca lalu mereka beriman kepadanya. Surah ini mengenai:
·         Perbuatan sesat apabila melintasi tempat sunyi meminta pertolongan kepada jin yang dianggap berkuasa ditempat itu.
·         Ada diantara jin yang soleh dan ada yang menyimpang dari kebenaran lalu mereka ini menjadi bahan bakar bagi neraka jahanam.
·         Ketika Nabi melaksanakan solat dalam masjid, maka jin-jin berasak-asak mengerumuninya.
 
 
73.  AL-MUZZAMMIL (Orang yang berselimut: 20 ayat diturun di Mekah)
Ayat 1 - 4 Tuhan menyeru kepada orang yang berselimut (Muhammad) untuk bangun bersolat pada malam hari dan membaca Quran dengan tartil. Surah ini mengenai:
·         Bangun malam bersolat dan beribadat lebih kuat mengisi jiwa dan membaca al-Quran pada waktu itu lebih berkesan.
·         Nabi dianjurkan untuk bersabar dan Tuhan akan bertindak keatas orang yang berdusta.
·         Keadaan hari kiamat.
·         Sembahyang tahajjud, mendirikan solat, menunai zakat serta beri pinjaman yang baik. Apa saja kebaikan dilakukan nescaya Allah memberi balasan pahala yang besar.
·         Mohon keampunan kepada Allah Maha Pengampun lagi Maha Penyayang.
 
 
74.  AL-MUDDATHTHIR (Orang yang berselimut: 56 ayat diturun di Mekah)
Ayat 1 - 5 Tuhan menyeru kepada orang yang berselimut untuk bangun beri peringatan, agungkan Tuhan, bersihkan pakaian dan tinggalkan segala perbuatan keji. Surah ini mengenai:
·         Allah mencela pemimpin quraish yang diberi kekayaan dan keluarga tetapi sombong dan berkata al-Quran direka dan sihir. Dia kelak akan di masuk dalam neraka.
·         Allah bersumpah demi bulan, malam dan subuh sebagai peringatan kepada manusia agar jangan mendusta hari pembalasan.
 
 
75.  AR-QIYAMAH (Hari Kiamat: 40 ayat diturun di Mekah)
Ayat 1 – 2 Tuhan bersumpah dengan hari kiamat dan demi jiwa yang selalu menyesali. Surah ini mengenai:
·         Ada manusia yang bertanya bila hari kiamat – dijawab apabila mata terbeliak ketakutan, bulan hilang cahaya, matahari dan bulan dikumpulkan dan tidak ada tempat berlindung.
·         Pada Tuhan tempat dikembali pada hari itu.
·         Wajah orang mukmin berseri-seri memandang Tuhan, dan wajah orang kafir muram kerana yakin ditimpa malapetaka yang sangat dasyat.
·         Tuhan mencelaka orang kafir diulang 4 kali – pertam pada saat akan mati, kedua ketika di dalam kubur, ketiga pada waktu hari berbangkit, keempat di dalam neraka jahanam.
 
 
76.  AL-INSAN (Manusia: 31 ayat diturun di Madinah)
Ayat 1 – 2 tentang manusia yang masih belum wujud pada satu ketika dan kemudian Tuhan mencipta manusia daripada setitis mani yang bercampur. Surah ini mengenai:
·         Tuhan hendak menguji manusia dengan perintah dan larangan.
·         Orang beriman berbuat kebajikan kerana mengharap keredhaan Allah swt dan tidak mengharap sebarang balasan serta takut azab pada hari kiamat. Allah melindungi mereka dan balasan syurga.
·         Bersabar, sebut nama Tuhan pagi dan petang, bersujud dan bertasbih pada waktu malam.
·         Orang kafir mencintai kehidupan dunia dan meninggal hari yang berat dibelakang.
 
 
77.  AL-MURSALAT (Para malaikat yang diutus: 50 ayat diturun di Mekah)
Ayat 1 – 5 tentang malaikat yang diutus untuk menjalankan tugas – yang terbang dengan kencang, yang menyebarkan rahmat Allah, yang membeza antara baik dan buruk, dan yang menyampaikan wahyu. Surah ini mengenai:
·         Apa yang dijanji pasti terjadi - Bintang-bintang dihapuskan, langit terbelah, gunung dihancur jadi debu, rasul-rasul berkumpul bersama umat masing-masing.
·         Pada hari keputusan – celaka bagi mereka yang mendusta.
·         Orang bertakwa berada dalam naungan pepohon syurga yang teduh.

JUZ 30
 
78.   AN-NABA’ (Berita besar: 40 ayat diturun di Mekah
Ayat 2 menyatakan tentang berita besar iaitu hari kiamat. Kaum musyrikin saling bertanya mengenai hari kiamat maka turunlah ayat ini. Surah ini mengenai kebangkitan dari kubur, pemberian balasan dan keadaan pada hari kiamat sebagai bukti bagi menguatkan kepercayaan akan adanya hari kiamat yang selama ini disangkal oleh kaum musyrikin.
 
 
79.  AL-NAZI’AT (Para malaikat yang mencabut: 46 ayat diturun di Mekah)
Ayat 1 – 5 tentang malaikat yang akan mencabut nyawa. Surah ini mengenai:
·         Malaikat mencabut nyawa samada dengan keras atau lemah-lembut.
·         Kisah Nabi Musa dan firaun.
·         Kisah hari kiamat.
 
 
80.  ‘ABASA (Dia bermasam muka: 42 ayat diturun di Mekah
Ayat 1 – 11 bercerita tentang Rasulullah saw bermasam muka kepada seorang buta, Abdullah Maktum yang mendatangi Rasulullah untuk diajar mengaji Quran dan ilmu Allah. Rasulullah sedang melayan pemimpin quaraisy dan tidak senang hati kerana percakapannya terputus, lalu baginda bermasam muka dan berpaling tidak mengendahkannya. Surah ini mengenai teguran dari Allah swt dan keadaan di hari kiamat.
 
 
81.  AT-TAKWIR (Menggulung: 29 ayat diturun di Mekah)
Ayat 1 tentang saat matahari digulung. Surah ini mengenai keadaan hari kiamat:
·         Perihal kiamat - matahari menggulung, bintang berjatuhan, gunung dihancur, lautan dipanas, langit dilenyap, binatang liar dikumpulkan, roh dipertemu dengan tubuhnya, bayi perempuan yang dikubur hidup-hidup ditanya kerana dosa apa dia dibunuh?, lembaran catatan amal dibuka lebar-lebar; neraka dinyala, syurga didekat, dan jiwa akan mengetahui apa yang telah dikerjakan.
·         Allah swt bersumpah demi malam apabila telah larut dan demi subuh apabila fajar menyinsing, sesungguhnya al-Quran itu benar-benar firman Allah yang dibawa oleh Jibril.
 
 
82.  AN-INFITAR (Terbelah: 19 ayat diturun di Mekah)
Ayat 1 tentang saat langit terbelah. Surah ini mengenai keadaan hari kiamat:
·         Perihal kiamat - langit terbelah, bintang jatuh berselerakan, lautan meluap, kuburan dibongkar, jiwa akan mengetahui apa yang telah dikerja dan yang dilalai, hari ketika seseorang tidak berdaya menolong orang lain.
·         Orang yang berbakti ka syurga dan orang derhaka ka neraka.
 
 
83.  AL-MUTAFFIFIN (Orang yang curang: 36 ayat diturun di Mekah)
Ayat 1 – 3 tentang orang yang curang dalam sukatan dan timbangan. Surah ini mengenai:
·         Allah swt mencela orang yang curang – apabila menerima sukatan orang lain mereka meminta dipenuhi dan apabila menyukat untuk orang lain mereka mengurangkan.
·         Catatan orang derhaka disimpan dalam kitab Sijjin dan catatan orang berbakti disimpan dalam kitab ‘Illiyyin.
·         Keadaan di syurga.
 
 
84.  AL-INSYIQAQ (Terbelah: 25 ayat diturun di Mekah)
Ayat 1 tentang saat langit terbelah. Surah ini mengenai keadaan hari kiamat:
·         Apabila langit terbelah, bumi dirata dan memuntah apa yang ada di dalamnya dan menjadi kosong dan manusia dalam perjalanan menemuiNya.
·         Keadaan orang beriman dan orang kafir pada hari kiamat.
 
 
85.  AL-BURUJ (Gugusan bintang: 22 ayat diturun di Mekah)
Ayat 1 dimana Tuhan bersumpah demi gugusan bintang. Surah ini mengenai:
·         Orang kafir yang mendusta al-Quran akan dapat balasan azab.
·         Orang mukmin yang mendapat balasan syurga.
·         Peringatan mengenai firaun dan thamud.
 
 
86.  AT-TARIQ (Yang datang di malam hari: 17 ayat diturun di Mekah)
Ayat 1 dimana Tuhan bersumpah demi langit dan bintang al-Tariq. Surah ini mengenai:
·         Manusia dicipta daripada air mani yang terpancar keluar daripada antara tulang punggung dan tulang dada.
·         Hakikat al Quran yang merupa titah dan perintah Tuhan, pemisah yang hak dan yang batil.
·         Menolak dakwaan orang yang mendustakannya.
 
 
87.  AL-A’LA (Yang paling tinggi: 19 ayat diturun di Mekah)
Ayat 1 berbunyi “Sucikanlah nama Tuhanmu yang Maha Tinggi”. Surah ini mengenai:
·         Tuhan pencipta dan menentukan kadar masing-masing dan memberi petunjuk.
·         Al-Quran dibacakan kepada Nabi saw sehingga tidak lupa.
·         Beruntung orang beriman dengan mengingati nama Tuhannya lalu bersolat, sedangkan orang kafir memilih kehidupan dunia.
·         Kehidupan akhirat itu lebih baik dan lebih kekal.
 
 
88.  AL-GHASHIYAH (Hari pembalasan: 26 ayat diturun di Mekah)
Surah ini mengenai hari kiamat:
·         Wajah yang tunduk hina kerana memasuki api yang sangat panas,diberi minum dari sumber mata air yang sangat panas, tidak ada makanan selain dari pohon yang berduri.
·         Wajah yang berseri dalam syurga ada mata air yang mengalir, pelamin yang ditinggi, gelas yang tersedia, bantal sandaran yang tersusun, permaidani yang terhampar.
 
 
89.  AL-FAJR (Fajar: 30 ayat diturun di Mekah)
Ayat 1 dimana Tuhan bersumpah demi fajar, demi malam yang sepuluh. Surah ini mengenai:
·         Peringatan mengenai kaum aad, iram, thamud, dan firaun.
·         Allah swt menyalahkan orang yang mengatakan bahawa kekayaan itu adalah suatu kemuliaan dan kemiskinan suatu kehinaan. Sebenarnya kekayaaan dan kemiskinan adalah ujian Allah bagi hamba-hambanya.
·         Kisah hari kiamat.
 
 
90.  AL-BALAD (Negeri: 20 ayat diturun di Mekah)
Ayat 1 dimana Tuhan bersumpah dengan negeri Mekah. Surah ini mengenai:
·         Tuhan mencipta manusia berada dalam susah payah.
·         Tuhan telah menunjuk dua jalan – kebajikan dan kejahatan
·         Jalan kebajikan iaitu jalan yang sukar -  melepaskan hamba sahaya, memberi makan pada hari terjadinya kelaparan, kepada anak yatim atau orang miskin yang sangat fakir, saling berpesan untuk bersabar dan berkasih sayang.
 
 
91.  ASY-SYAMS (Matahari: 15 ayat diturun di Mekah)
Ayat 1 dimana Tuhan bersumpah demi matahari, bulan, siang, malam, langit, serta penyempurnaan ciptaan. Surah ini mengenai kaum thamud dan unta betina.
 
 
92.  AL-LAIL (Malam: 21 ayat diturun di Mekah)
Ayat 1 dimana Tuhan bersumpah demi malam apabila menutupi cahaya siang, demi siang apabila terang benderang dan demi penciptaan lelaki dan perempuan. . Surah ini mengenai:
·         Barangsiapa memberi harta ka jalan Allah dan bertakwa maka dimudah baginya jalan menuju kebahagiaan.
·         Orang yang kikir dan merasa dirinya cukup tanpa pertolongan Allah serta mendusta dimudah baginya jalan menuju kesengsaraan.
 
 
93.  AD-DHUHA (Waktu dhuha: 11 ayat diturun di Mekah)
Ayat 1 dimana Tuhan bersumpah demi waktu dhuha dan demi malam apabila sunyi. Surah ini mengenai:
·         Tuhan memberi kurniaan kepada Rasulullah - engkau yatim lalu Dia lindungimu, engkau bingung lalu Dia beri petunjuk, engkau kekurangan lalu Dia beri kecukupan.
·         Maka terhadap yatim jangan dilaku sewenang-wenang, terhadap orang yang meminta jangan diherdik, terhadap nikmat Tuhan hendaklah nyatakan dengan bersyukur.
 
 
94.   ASY-SYARH (Kelapangan: 8 ayat diturun di Mekah)
Ayat 1 dimana Tuhan melapang dada Muhammad saw. Surah ini menyata bahawa bersama kesulitan ada kemudahan dan apabila selesai sesuatu urusan tetap bekerja keras untuk urusan lain.
 
 
95.   AT-TIN (Buah tin: 8 ayat diturun di Mekah)
Ayat 1 dimana Tuhan bersumpah demi buah Tin dan buah Zaitun. Ada yang menafsir Tin ialah tempat tinggal Nabi Nuh iaitu Damsyik yang banyak pohon tin dan Zaitun ialah BaitulMaqdis yang banyak tumbuh zaitun. Surah ini menyatakan Tuhan telah mencipta manusia dalam bentuk yang sebaik-baiknya kemudian dikembalikan ketempat serendah-rendahnya kecuali orang beriman akan mendapat pahala tanpa putus.
 
 
96.   AL-‘ALAQ (Segumpal darah: 19 ayat diturun di Mekah)
Ayat 2 tentang penciptaan manusia dari segumpal darah. Surah ini mengenai:
·         Abu Jahal yang menghalang Rasulullah dalam solat dan bertakwa.
·         Ditarik ubun-ubun orang yang mendusta dan derhaka dan diseksa oleh melaikat Zabaniyah.
 
 
97.  AL-QADR (Kemuliaan: 5 ayat diturun di Mekah)
Surah ini mengenai malam Lailatul Qadr malam yang penuh kemuliaan dan kebesaran kerana malam itu permulaan turun Quran. Allah swt menyata kemuliaan malam Lailatul Qadr lebih baik dari seribu bulan. Pada malam itu turun malaikat dan roh Jibril untuk mengatur semua urusan mengikut ketetapan Allah swt dan malam sejahtera sampai terbit fajar.
 
 
98.  AL-BAYYINAH (Bukti yang nyata: 8 ayat diturun di Madinah)
Ayat 1 tentang orang kafir tidak akan meninggal agama mereka sampai datang bukti yang nyata. Surah ini mengenai:
·         Perutusan Nabi dan Quran yang dalamnya terdapat isi kitab-kitab terdahulu yang benar.
·         Perintah menyembah dan mentaati Allah dengan ikhlas, solat dan zakat.
·         Orang kafir daripada golongan ahlikitab dan orang musyrik adalah sejahat-jahat makhluk.
·         Orang beriman dan mengerjakan kebajikan adalah sebaik-baik makhluk.
 
 
99.   AL-ZALZALAH (Kegoncangan: 80 ayat diturun di Madinah)
Ayat 1 tentang bumi digoncang dengan dasyat dan mengeluar beban berat kandungannya. Surah ini mengenai hari kiamat:
·         Manusia keluar dari kubur dalam keadaan berkelompok untuk mendapat balasan.
·         Barang siapa mengerja kebaikan atau kejahatan sebesar zarah, nescaya akan melihat balasannya.
 
 
100.  AL-‘ADIYAT (Kuda perang: 11 ayat diturun di Mekah)
Ayat 1 dimana Tuhan bersumpah demi kuda perang. Dalam sebuah peperangan Rasulullah mengirim pasukan berkuda, tetapi lama tidak terdengar berita pasukan itu, lalu turunlah surah ini. Manusia sangat ingkar tidak bersyukur kepada Tuhan dan cinta kepada harta benar-benar berlebihan.
 
 
101.  AL-QARI’AH (Hari kiamat: 11 ayat diturun di Mekah)
Surah ini mengenai hari kiamat:
·         Manusia seperti kupu-kupu yang berterbangan dan gunung seperti bulu yang dihambur.
·         Ada yang berat timbangan kebaikannya maka senang kehidupan.
·         Ada yang ringan timbangan maka ka neraka Hawiyah yang sangat panas.
 
 
102.  AT-TAKATHUR (Bermegah-megah: 8 ayat diturun di Mekah)
Surah ini berkenaan dua kabilah Ansar yang saling menyombong diri dengan harta mereka. Maka turunlah ayat sebagai teguran.
 
 
103.  AL-ASR (Masa: 3 ayat diturun di Mekah)
Tuhan bersumpah demi masa. Sesungguhnya manusia dalam kerugian kecuali orang yang beriman dan mengerjakan amal soleh serta saling menasihati untuk kebenaran dan kesabaran.
 
 
104.   AL-HUMAZAH (Pengumpat: 9 ayat diturun di Mekah)
Tuhan mencelaka pengumpat dan pencela, dan manusia yang mengumpul harta tapi bakhil dan tidak manu menafkah ka jalan Allah. Balasan dilempar ka neraka Hutamah iaitu api yang menyala membakar sampai ka hati sedang mereka diikat pada tiang yang panjang.
 
 
105. AL-FIIL (Gajah: 5 ayat diturun di Mekah)
Surah ini berkenaan pasukan gajah Abrahah gabenor Yaman yang hendak menghancur Kaabah. Sebelum masuk ka Kota Mekah tentera tersebut diserang burung-burung yang melempar dengan batu tanah liat yang dibakar sehingga musnah.
 
 
106.  QURAISH (Suku quraish: 4 ayat diturun di Mekah)
Surah ini sebagai penghormatan kepada keistimewaan bangsa quraisy. Rasulullah saw bersabda “Allah melebihkan kaum quraisy dengan tujuh perkara diantaranya Allah menurunkan surah yang berkenaan dengan mereka”.
 
 
107.  AL-MA’UN (Bantuan: 7 ayat diturun di Mekah)
Surah ini menjelas sifat kaum munafik yang mendusta agama:
·         Mengherdik anak yatim;
·         Tidak mendorong memberi makan orang miskin;
·         Hanya solat depan orang tetapi lalai terhadap solat bila tiada orang;
·         Berbuat riyak dan enggan memberi bantuan.
 
 
108.   AL-KAUTHAR (Nikmat yang banyak: 3 ayat diturun di Mekah)
Ayat 1 dimana Tuhan menyatakan banyak nikmat yang dikurniakan. Surah ini memberi perintah solat kerana Tuhan, berkorban sebagai ibadah dan dekatkan diri kepada Allah dan orang yang membenci Rasulullah terputus dari rahmat Allah.
 
 
109.  AL-KAFIRUN (Orang kafir: 6 ayat diturun di Mekah)
Orang kafir meminta Rasulullah menyembah sembahan mereka selama setahun dan mereka akan menyembah Allah selama setahun pula. Maka turunlah surah ini yang memaklum orang kafir untukmu agamamu dan untukku agamaku. Tidak ada toleransi dalam hal iman dan ibadat.
 
 
110.  AN-NASR (Pertolongan: 3 ayat diturun di Madinah)
Surah ini menyatakan pertolongan dan kemenangan datangnya dari Allah swt dan sesungguhnya Dia yang Maha Penerima Taubat.
 
 
111.  AL-MASAD (Sabut: 5 ayat diturun di Mekah)
Ayat 5 menyebut leher isteri Abu Lahab dipintal tali dari sabut. Tuhan menyatakan binasalah Abu Lahab dan isteri yang selalu menyebar fitnah memburuk Nabi dan kaum muslimin.
 
 
112.  AL-IKHLAS (4 ayat diturun di Mekah)
Kaum musyrikin bertanya sifat-sifat Tuhan, maka turunlah surah ini. Dialah Allah yang Maha Esa, tempat meminta segala sesuatu, tiada beranak dan tiada pula diperanakkan dan tidak ada sesuatu pun yang setara dengan Dia.
 
 
113.  AL-FALAQ (Waktu subuh: 5 ayat diturun di Madinah)
Surah ini menyatakan agar berlindung kepada Tuhan yang menguasai subuh daripada:
·         Kejahatan makhlukNya, Kejahatan malam apabila telah gelap gelita.
·         Kejahatan wanita-wanita tukang sihir yang menghembus pada simpulan.
·         Kejahatan orang yang dengki.
 
114.  AN-NAS (Manusia: 6 ayat diturun di Madinah)
Seorang Yahudi menyihir Rasulullah lalu turunlah surah ini. Setiap kali Rasulullah membaca satu ayat, satu tali terputus dan begitulah sehingga seluruh tali terlepas. Jibril merukyah agar sebut sifat Tuhan – iaitu berlindung dengan Tuhan yang Memelihara, Raja yang Menguasai sekalian manusia, Tuhan yang berhak disembah. Berlindung daripada:
·         Kejahatan bisikan syaitan yang bersembunyi membisik kejahatan dalam dada manusia.
·         daripada golongan jin dan manusia